OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, February 8, 2011

08 February 2011 - entri khas buat Encik Usben....

apa ada pada tarikh 08/02/2011???? 
satu tarikh istimewa buat insan yang paling aku sayang after Allah s.w.t.

Kamu,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk melindungi ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk menyayangi ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mencintai ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk membimbing ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mengimamkan solat ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mengetuai keluarga ku,

Kamu,
Terima kasih atas semua pengorbanan mu,
Terima kasih atas semua kasih sayang mu,
Terima kasih atas semua kecintaan mu,
Terima kasih atas semua pelindungan mu,
Terima kasih atas semua bimbingan mu,

Kamu,
Berharap dan terus berharap cinta dan janji hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap kasih sayang tetap utuh hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi pelindungku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap membimbingku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap sentiasa mengimamkan solatku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi teman tidurku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi teman bual bicara ku hingga akhir hayat,

Kamu,
Aku mencintai kamu sepenuh hati 
dan aku berharap dan terus berharap diikuti dengan doa pada yang Maha Esa
Cinta kita hingga akhir hayat
dan kamu 
aku doakan panjang umurmu,
aku doakan sihat tubuh badanmu,
aku doakan murah rezekimu,
aku doakan kebahagianmu,
aku doakan kegembiraanmu,
aku doakan syurga tempatmu.....

Aku Cinta dan Sayang kamu selalu.....





SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-28 ABANG! AYANG SAYANG ABANG SELALU!!!