OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, October 18, 2013

Suara..

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Payah betol nak tengok Jodoh Itu Milik Kita online. Tersangkut-sangkut. Tak smooth langsung movement. Internet please be nice to me today. Dah la kejap lagi selambak buku sampai. Memang tak sompek la den nak tengok.

Huhuhuhu.....please be nice. Thank you.

Ni aku kopipes dari Harian Metro online...

Kuala Lumpur: “Bila saya tanya kenapa bunuh ayah, dia ketawa dan berkata itu urusan dia dengan Tuhan, selain berkata ada suara ghaib menyuruh dia melakukannya,” kata Mohd Yusof Mohd Salleh, 26, mengenai tindakan jirannya membunuh ayah sendiri, semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira enam jam selepas ditikam anaknya sendiri.
Mangsa dilaporkan cedera parah akibat 12 tikaman pisau pemotong daging di badan dan ada sebahagiannya tepat mengenai jantung.

Suspek yang juga anak mangsa dikatakan mengalami gangguan mental dan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.

FotoJENAZAH mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru untuk dikebumikan.

Mohd Yusof berkata, sebelum kejadian dia bersama empat rakan duduk berbual-bual di taman permainan berhampiran Blok 6 dan terkejut apabila mendengar isteri mangsa yang dipanggil Mummy menjerit memberitahu suaminya ditikam.

Takziah ke atas keluarga si mati. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan diantara orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah...

Ok. Bai-