OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, October 7, 2013

Solat Tasbih

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari ni nak share ilmu sikit. InsyaAllah ilmu dikongsi sedikit demi sedikit membawa keberkatan kepada semua.

Solat Tasbih dinamakan solat tasbih kerana didalamnya terdapat bacaan tasbih sehingga 300kali. Solat ini boleh dilakukan samada waktu siang atau malam. Jika dilakukan pada siang hari, ianya akan dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 1 salam. Jika dilakukan pada malam hari, ianya akan dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

Cara mengerjakan Solat Tasbih...

1. Niat:

    Sahaja aku menunaikan solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala

2. Takbir

3. Membaca Doa Iftitah

4. Tasbih

     (Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakhbar Walahaulawala Quwwata Illa Billlahil Aliyyil Adzim)x15

6. Al-Fatihah

7. Surah...

8. Tasbih (x 10)

9. Ruku' (Tasbih x 10)

10. I'tidal (Tasbih x 10)

11. Sujud (Tasbih x 10)

12. Duduk antara dua sujud (Tasbih x 10)

13. Sujud (Tasbih x 10)

14. Selepas surah rakaat kedua (Tasbih x 10)

15. Rukuk (Tasbih x 10)

16. I'tidal (Tasbih x 10)

17. Sujud (Tasbih x 10)

18. Duduk antara dua sujud (Tasbih x 10)

19. Sujud (Tasbih x 10)

20. Sebelum Tahiyat (Tasbih x 15)

Jumlah untuk 4 rakaat...300 tasbih.

Dan ini adalah surah-surah pilihan yang sering dibaca dalam Solat Tasbih...

1. Surah At-Takathur
2. Surah Al-Asr
3. Surah Al-Kafirun
4. Surah Al-Ikhlas

Kelebihan Solat Tasbih...

Ikrimah berkata...Ibnu Abbas r.a mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib.

Maksudnya...

"Wahai Abbas, pakcikku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa? Aku akan ajarkan 10 perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila pakcik mengerjakannya, Allah akan mengampuni disa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja mahupun tidak sengaja, yang kecil atau besar, yang tersembunyi ataupun yang nampak. 10 perkara itu ialah solat empat rakaat, setiap rakaat baca Al-Fatihah dan satu surah."

"Apabila selesai membaca dalam rakaat pertama, tetaplah dalam keadaan berdiri dan baca Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakhbar (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi Allah dan Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak 15 kali, kemudian rukuk dan baca kalimah itu 10 kali semasa dalam keadaan rukuk. Kemudian bangun dari rukuk dan baca kalimat itu 10 kali dan bersujud, baca 10 kali lagi semasa engkau dalam keadaan sujud."

"Apabila bangun dari sujud, baca 10 kali kemudian sujud dan baca 10 kali. Selepas itu bangun dan bacalah 10 kali. Semuanya berjumlah 75 kali dalam setiap rakaat. Kerjakanlah semuanya dalam semua pergerakan. Jika mampu, kerjakan Solat Tasbih setiap hari sekali. Jika tidak mampu, kerjakanlah seminggu sekali. Jika tidak mampu, kerjakanlah sebulan sekali. Jika tidak mampu, kerjakanlah setahun sekali. Jika masih tidak mampu, lakukanlah sekali sahaja dalam hidupmu."

(Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Jelas?

Alhamdulillah...

Ok. Bai-