OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, October 23, 2013

Promises Are Meant To Be Broken

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tak menahan...tajuk English. Nampak vogue sikit. Sila lempang aku laju-laju... bahahaha.

Why this topic?

Sebab topic ni ada kene mengena dengan parenting pastu aku terbaca kat dalam The Sun pagi tadi. Apa kene mengena dengan parenting? Mari kita bentangkan dan bicarakan....

Okay cuba korang bayangkan....

Masa kecil-kecil dulu, korang mesti ada request toys...bukan korang la..kita semua pasti ada request toys kat parents korang. Pastu parents korang mungkin akan kata "nanti kita beli" takpun "okay"

Kemudian, hari berganti minggu. Kita pun tanya parents kita semula. Jawapan yang sama diberi. Minggu berganti bulan. Kita pun tanya lagi. Bulan berganti tahun dan tahun berganti dekad. Soalan masih terbiar dan tergantung begitu saje.

Betol tak?

Bila kita nampak toys tu sekarang mesti kita teringat permintaan yang pernah kita buat. Lalu tersenyum.

Kan?

Dan KINI. Akulah parents itu!. What the promises that I've been made?

DISNEYLAND!

Jangan terkejut! Ianya benar!

Masa tu si kakak tengok cerita Raikan Cinta (Aaron Aziz). Diorang kan pergi Disneyland Hong Kong. Immediately after cerita tu habes, si kakak pun cakap... "Ibu, kakak nak pergi rumah Mickey Mouse"

What should I say?

Tak boleh. Kita tak cukup duit.

NO! Jawapan tak salah...cuma kids ada masa tak boleh nak terima jawapan sebegitu. Sebab diorang nak jawapan lain.

So, my answer is...Okay.

Lepas dah bagi jawapan tu...baru aku fikir. Urrrggghhhh! matilah. Salah jawapan. Sehingga kini...jawapan itu menghantui aku! Ya, sangat-sangat menghantui. Bila si kakak teringat je, dia akan tanya "bila kita nak pergi rumah Mickey Mouse?"

Bila dia tanya je aku rasa macam menyesal tukar channel tengok Raikan Cinta dan bagi jawapan "okay". Urrrggghhhh!

Tapi takpe...aku dah sedia jawapan yang lain. Bila si kakak tanya je aku akan cakap "Nanti kita pergi, bila duit yang kakak simpan dah cukup."

She can accept it! Alhamdulillah. So, now when she ask me. She will answer it by herself. Alhamdulillah.

Until now, if she or her sister nak apa-apa yang aku kurang mampu atau aku kurang berminat untuk beli. Aku akan cakap perkara yang benar. If I can't afford it, I said I can't afford it. If I don't like it, I said I don't like it.  No more lies to child. It sucks, actually when you lie to them!

Contoh macam aku tak suka dengan apa yang dia nak...such as Barbie. Nak tau apa yang aku buat? Aku bukak cerita Chucky. Korang tau kan cerita Chucky tu sangat ganazs dan menakutkan. She cried to her grandmother and said "Nenek, kakak tak nak beli Barbie dah. Barbie jahat". Since then, dia tak mahu beli anything in form of Barbie.

See? aku dah clorox brainwash pale otak anak aku. tettttt-

Cuma satu je lagi silap...sekarang ni dia tuntut nak tengok wayang!. Allahuakbar! Jawapnye...macam kene tunaikan. Rasa-rasa hujung bulan ni, ada lagi ke cerita Cloudy Meatballs tu? Hmmmm.....

Tunggu dan lihat lah gamaknya.

So, korang macam mana? Pernah buat? Kongsi kan....pastu tag aku. Aku nak baca korangnye pengalaman.

Ok. Bai-