OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, October 12, 2012

Di Hujung Ranting 2

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share pasal novel yang paling latest aku baca hasil nukilan Indah Hairani. Tanpa membaca Di Hujung Ranting aku terus baca Di Hujung Ranting 2. Tika dan saat aku membaca, aku berharap supaya aku dapat catch up apa cerita sebenarnya . . . sebab kalau mengikut apa yang diperkatakan oleh Indah Hairani, Di Hujung Ranting 2 adalah sambungan dari Di Hujung Ranting.

Bila aku dah baca, takdelah tercicir sangat. Aku dapat bayangkan apa yang Fatin dan Mawardah lalui dalam novel Di Hujung Ranting.

Nice-

Di Hujung Ranting 2 mengisahkan kesinambungan Di Hujung Ranting. Di mana kali ini Mawardah yang dibenci Datin Fatimah. Tidak seperti Di Hujung Ranting, Fatin yang dibenci oleh Datin Fatimah. Apa yang membuatkan Datin Fatimah membenci Mawardah adalah kerana sikap dan hasil apa yang dilakukan oleh Fatin tanpa diketahui oleh suami mereka Hakim.

Namun, Amar adik kepada Hakim dan juga Tanti si pembantu rumah Mawardah dapat menghidu. Tapi sayangnya, Mawardah masih mempercayai bahawa Fatin sudah berubah dan takkan menganiaya beliau.

Lurus dan baik hati sangatlah Mawardah.

Takpe...the best woman win!

*adakepepatahbegitu* ;p


Citer dia biasa je. Kita pun boleh agak. Buat jahat dibalas jahat. Buat baik dibalas baik. Kan?

Harga buku RM 25.90 je. Sape yang dah baca Di Hujung Ranting tu, leh la beli Di Hujung Ranting 2.

Ok. bai-