OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, October 4, 2011

Sayang Lebih

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Aku dah lama tak letak tazkirah kat sini kan? ye, begitu juga petua. Aku masih lagi mencari petua yang mudah untuk kita - kita semua cuba. Tapi masih belum ketemu.

Arini nak kongsi camne kita si Bini ni nak bagi Encik Usben sayang lebih kat kitew. Tapi kebanyakan caranye, yang biasa bini-bini lakukan. Jadi, kita harus mempertajamkan skill tersebut. He he he. . . . .


1. Korang bangunlah awal. Janganlah sampai Usben korang bangun pastu dia yang prepare sarapan. Unless kalau memang dia soh korang breakfast in bed.

2. Tanya dengan Encik Usben, nak sarapan dan minum apa. Apa yang dia suka minum pepagi.

3. Bila Encik Usben nak pegi keje, korang hantar le dia sampai depan pintu (yang ni untuk housewife) dan sila makesure baju yang korang pakai tu kemas! Bukan pakai baju tido lagik!

4. Bila Encik Usben dah pegi keje. Korang kemasla  rumah yang berselerak tu. Katil tu kemas. Jadi, bila Encik Usben balik, sedap mata dia memangdang rumah dah kemas. Yang korang pulak pakai kemas-kemas, janganla serabut. Nak pahala tak?

5. Aku tau penat buat keje rumah, pe nak buat. Dah kemas rumah dan sidai baju. Pe lagi masaklah untuk laki korang! Masak yang sedap-sedap. Unless laki korang kata "sayang, arini tak payah masak. kita makan kat luar je". 

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan. Yang ni aku suka sebab aku memang sederhana. Encik Usben pun tak minat touch up touch ip ni. . . .Huhuhuhu

7. Sabar! Jika ada masalah melanda diri. Cuba selesaikan tapi jangan melepiaskan kemarahan kepada laki korang. Boleh kalau nak kongsi masalah tapi bukan menambah masalah kat laki korang.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

10. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri.

11. Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

12. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

13. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

14. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting. Ini yang paling penting skalik. Jangan nak mintak tu nak mintak ni kalau ianya tak diperlukan.

p/s:semoga kita semua menjadi isteri yang baik. . . .InsyaAllah.


ADIOS!