OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, October 28, 2011

Libas

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat dan Selamat Berhujung Minggu. Malam ni aku ngan Encik Usben beserta anak-anak akan bergerak pulang ke Banting. Biasala hujung bulan, haruslah pulang ke kampong halaman. Arini aku nak bagi review pasal movie Libas. Aku baru dapat tengok. Kekangan masa disitu. Hehehehe. . .

LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.







Lantaran itu Raja Libas (Rosyam Noor) terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi (Johan Raja Lawak) seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok (aku tak ingat nama dia saper-malas nak studi) seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat (Beego) telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.

Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Ending citer ialah Malaysia dapat bola raga pusaka tu dan jumpa dengan pewarisnya. Malaysia jugak menang perlawanan tu. Mestilah Malaysia menang. Mana boleh negara lain menang!.

credit to libasmovie.com for the synopsis. selalu synopsis aku punye sendirik. kali ni cam kurang rajin.

Pastu dengan teknik CGI yang bolehla . . . aku harap pasni Director Malaysia kalau nak buat guna CGI sila kemaskan keje keje anda. Kalau tak, akan nampak sangat CGI nye.

Penonton skang dah cerdik. Jadi cara pembikinan filem haruslah lebih cerdik dan kemas. Aku tau kos tinggi. Pandai-pandai lah pikir camne nak buatkan. Sebab aku bukan orang filem pon!.
Aku bukan jenis yang suka bagi bagi bintang. Jadi tak perlu. Korang nak tau best ke tak best citer ni, korang tengoklah sendirik. Samada beli CD (dah kuar ke?) atau tengok je kat Astro Channel 481 (kene bayar yea!)

p/s: gusi aku masih saket. ada petua tak? aku cari tak jumpe plak!


ADIOS!