OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, October 13, 2011

tak tau masak vs. payah nak jadi imam

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku kekenyangan arini. Umi sayang masak kuewtiau sup pastu aku ngan Umi aku bantai makan nasi ngan ikan rohu goreng campur kicap. Perggghhhh! layan dowh. Nasi panas. Ikan panas. Lazats!. Skang ni aku dok melayan perut aku yang keras ni. . . .Hu hu hu. . .

Ok. Kita berbalik kepada title diatas. Menarik tak. Ni gara-gara aku terbaca satu artikel kat www.gilerkentang.com. Title dia salahkah wanita tak tahu masak?. . . .

Aku sebagai pompuan yang suka masak. Aku rasa pompuan memang HARUS pandai masak. HARUS disini tak reti pun takpe, reti lagi bagus!. Bukan WAJIB. Hehehehe. . . .zaman sekarang ada bibiks, kome kome yang banyak duit boleh le leburkan duit kat bibiks. Suruh je bibiks masak. Tapi bagi yang duit tak jenuh tu, kome kome belajo le masak. Bukan SUSAH pun masak masak ni, korang campak campak je.

Tak kisahla, korang tu belajar tinggi mana pon. Bahagian dapur punya course lagi HARUS. Mana taknya, orang tua tua kata. . . .kalau nak pikat suami, kene pikat perut laki. Eh! betol ke ayat aku ni? Laki kenyang makan kat umah jadi dia takdela makan kat luar. Betol tak? Itu kalau yang reti masak. Kalau yang tak reti masak, camne pulak la yea?

Cuba bayangkan . . . bila orang pompuan cakap 'saya tak reti masak'. Habes! mesti kene jelingan maut punya!. Dan pompuan tersebut bakal terima segala KUTUKANS. Damn! Aku marahla camni. Nasihat sudah. Tak payah nak kutuk-kutuk atau perli-perli.

Apa alasan orang pompuan tak blajar masak? Alasan yang paling praktikal di zaman millenium ni. . . mak ngan ayah soh blaja tinggi-tinggi dulu. Dah nak kawen nanti baru blaja masak. Itu kalau sempat blaja masak. Kalau tak sempat. Jadila macam kawan aku. . . .hohohoho.

Aku ada je kawan yang tak pandai masak. Nak masak air pun tak berapa nak lulus! Camner? Alhamdulillah nasib dia kawen ngan orang pandai masak. Kalau tak, makan luar je la beliau dan laki beliau. Huh!

Itu kalau pompuan yang tak reti masak. Kalau LELAKI tak boleh jadi IMAM. Camner pulak yea?. . . .

Cuba, korang tanya pulak lelaki kat luar sana. Korang boleh imamkan SOLAT? Hmmmm. . .sah-sahla banyak yang teragak-agak nak jawab. Ada orang kisah? Ada orang nak perli dan berikan kutukan dekat lelaki tu? TAKDE? NO!

Kalau korang perli jugak, mau melantun lantun lelaki tersebut punya kemarahan. Ho ho ho. . . .mau tak melantunnya. . .silap haribulan, nak sentuh sejadah pun cam payah (ayat makan dalam)

Rasa-rasa la kan apa alasan Kaum Adam ni yea yang 'berat' nak imamkan keluarga mereka solat? atau 'berat' nak SOLAT?

ADIOS!


p/s: mana lagi berat dari pandangan Allah yea. . . .renung-renungkan dan selamat beramal!