OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, October 24, 2011

Petua nak kurangkan cirit birit

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Okey akhirnya aku dapat jugak ilmu petua. Setelah sekian lama, ilmu petua aku pegi bertapa. Sengals!.

Okey, camne nak handle cirit birit. Selain makan pil chi kit te aun. Kita boleh guna bahan bahan yang ada kat umah . . . cuma perlu ada daya dan usaha saje.

Petua Pertama:

1 biji buah durian. Korang buang kulit dan jugak biji. Perah buah tersebut dengan menggunakan kain nipis. Perah sampai dapat 1 gelas. Campur dengan 1 sudu susu pekat. Kacau rata. Minum sampai habis. Tapi. Tapi. Tapi. Korang kene minum dua kali sehari. Yakni, pagi dan petang.


Petua Kedua:

1 biji buah limau nipis yang diperah air dan dimasukkan kat dalam 1/2 cawan air panas. Pastu minum. Buat 3 jam sekali.


Petua Ketiga:

Korang amek sejemput biji selasih pastu rendam dengan 1 gelas air masak. Tunggu sampai biji selasih tu kembang. Korang minum air tu dengan biji biji selasih tu skali.

JANGAN LUPA BACA BISMILLAH & SELAWAT SEBELUM MINUM AIR YANG KORANG BUAT.

Selamat Mencuba!.

p/s: aku cari petua nak merawat gusi bengkak, tak jumpe la pulak!


ADIOS!