OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, October 28, 2011

Kencing Manis atau Diabetes

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini aku nak bebel pasal kencing manis pulak. Setelah disurvey dikalangan kaum keluarga dan sahabat handai. Kebanyakan orang disekeliling aku mempunyai penyakit ini. Penyakit makin popular dan kepopularan dia makin meningkat tiap tahun. Apakah punca dan penyebab penyakit kencing manis ini menjadi sebegitu HOT dan sangat OHSEM skang ni?

Jom, kita siasat! Dah macam Edisi Siasat jek . . .

Mula-mula sebelum kita tau apakah punca . . . kita HARUS tahu apa itu kencing manis!

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Kemudian kita HARUS tahu apakah simptom-simptom penyakit kencing manis . . .

1. Kerap membuang air kecil
2. Sentiasa berasa dahaga
3. Selera makan meningkat
4. Letih
5. Hilang berat badan
6. Jangkitan kulit yang kerap, contohnya jangkitan kulat pada kemaluan
7. Luka yang lambat sembuh
8. Penglihatan yang kadang-kadang kabur


Bila dah tahu simptom-simptom penyakit kencing manis. Korang kene pegi check doctor dulu. Buat test memang confirm ke korang ada penyakit kencing manis. Lepas tu, bila dah buat medical check up, dan keputusan mengatakan korang +ve kencing manis, jadi ini adalah cara merawat . . . . selain daripada makan ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah:

1. Penjagaan pemakanan
2. Penjagaan berat badan
3. Rajin membuat senaman
4. Rajin makan ubat yang diberikan oleh doktor
5. Banyakkan minum air kosong

Seperti yang dijanjikan, punca-punca kencing manis . . .

1. Keturunan
2. Makan makanan yang tinggi paras gula
3. Minum minuman yang tinggi paras gula seperti air berkarbonat
4. Makan makanan yang mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi
5. Kurang bersenam
6. Tidak memantau berat badan
7. Terlalu kerap makan makanan segera

Maka, dengan itu kalau korang semua nak sihat selalu . . . cuba kurang-kurang kan minum air manis. Banyakkan minum air kosong supaya dapat mencuci buah pinggang kita dan mengurang kadar gula dalam badan. Walaupun aku bukanlah pakar dalam perkara kesihatan ni, sekurang-kurang nye aku cuba mengingatkan korang korang tu. Dan lagi satu jangan ingat kita yang berbadan slim ni takde kencing manis!. Kepada yang slim slim tapi sangat suka minum air manis atau makan makanan manis. Sila buat pemeriksaan darah anda.

Aku? Alhamdulillah, aku dah check. Gula dalam darah aku cuma 4.2 sahaja. Sihat!.

Aku cuma sampaikan apa yang terlintas di fikiran aku pada tika dan saat ini. Supaya kita dapat berkongsi walaupun tak banyak, tapi membantu. Betul tak? Kan?

p/s: nanti aku update pasal sakit jantung pulak . . .


ADIOS!