OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, October 27, 2011

Nasi Lemak 2.0

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Nasi Lemak 2.0. Hasil karya Namewee. Hmmm, apa yang aku boleh katakan selepas menonton Nasi Lemak 2.0. Pada permulaan menonton, aku menanamkan sifat dan sikap NO RACIST.




Tapi, bila aku dah tengok. Hmmmm, kadang aku rasa cam racist pun ada. Tapi kadang rasa cam takde racist pon. Sikap aku disini adalah ATAS PAGAR!. Aku tak pasti. Jadi korang korang tak boleh hukum aku! Aku tak pasti. Kalau korang nak jawapan yang pasti, apa kata korang tonton la citer ni sendirik. Huh!

Cerita ni nak kata LUCU. Aku tak rasa ianya lucu. Nak kata ianya citer SERIUS. Aku tak rasa ianya terlalu serius. Tapi apa yang aku tau citer ni banyak gunakan bahasa cina. Aku ingatkan citer ni dalam bahasa melayu sepenuhnya. Dan dalam citer ni jugak, takde pun Namewee ni pegi belajar buat Nasi Lemak.

Pada penghujung cerita pun, Namewee ni takde pon buat Nasi Lemak. Kenapa letak nama Nasi Lemak 2.0? Cerita ini cuma nak menunjukkan Malaysia ni terdiri dari pelbagai bilang kaum kot. Citer ni takde 'ummmpphhh' la. Pada pendapat aku la.

So, Namewee I think you better not making any movies after this. Sebab aku tak dapat apa yang kau cuba sampaikan. Maaf.

p/s: sakit gusi =__=


ADIOS!

No comments:

Post a Comment