OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, October 18, 2011

breastylicious

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Sihat? Bagus! Alhamdulillah. Hari ni baru dapat update belog. Sangat sebok di hujung-hujung tahun ni. Macam macam quotation dan macam macam invois nak kene buat. Nak pitams dah ni. Ho Ho Ho. Banyak entri aku nak letak sebenarnya . . .kekangan masa yang terlampau.

Maka, arini punya entri pasal breastylicious. Apa breastylicious? breast is buah dada yang cantik dimiliki oleh semua wanita. licious tu..aku saje je tambah...buah dada tu kan nampak cam delicious je dipandangan mata bayi-bayi kecil dan orang lelaki. Ho ho ho. . . eksploitasi betol bila sebut delicious dipandangan kaum lelaki kan?

Tapi memang betol apa. . . . .

Ok, berbalik kepada topic asal aku. Pasal breastylicious.

As a women who have breastylicious. Kita haruslah membuat pemeriksaan payudara bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Macam mana nak check sendiri? Aku tau ada yang dah tau cuma korang cam endah tak endah je kan poster yang ada kat klinik tu kan? Sebab aku pon camtu jugak. Hehehehe. . . . 

Jadi. . . .cara-cara nak check. . . .

Berdiri di hadapan cermin

  1. Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  2. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  3. Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

Cam payah je kan nak bayangkan bila baca kan? Jadi, aku letak gambar sekali. . . .korang baca dan tenung baik punya camne nak check. Okay?


Aku harap gambar kat atas ni cukup terang untuk korang usha. . .

Lelaki? korang jangan nak mengelak! Korang pun berpotensi untuk dapat breast cancer jugak! Apatah lagi kalau korang tu suka minum air soya. Bukan nye tak boleh minum susu soya tapi tak boleh minum banyak. Sebab air soya tu boleh menyebabkan hormon progesteron dalam badan korang cepat bertindak. . . .aku tau ni pun aku pernah baca dalam column Kesihatan dalam Mingguan Malaysia. Jadi, rajin-rajin le baca column Kesihatan dalam Mingguan Malaysia tu.

Kalau nak tau lebih lanjut, korang tanya la pada yang pakar. Aku ni blajo tak habes. He he he. . .kang bagi fakta salah, tak pasal je.

Apa-apa pun aku harap entri kat atas membantu kita-kita yang selalu melupakan hal ni. Zaman-zaman sekarang ni, benda-benda camni penting sebab kita makan macam-macam dan terlalu banyak fastfood dalam life circle kita.

So, renung-renungkan dan selamat memeriksa!

p/s: ingat mengingati kan lebih baik.


ADIOS!