OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, October 19, 2011

PAP SMEAR

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Ada sesuatu yang lucu berlaku semalam. Dan tiada siapa yang menegur aku. Seolah-olah semua bersetuju dengan aku yang bahawasanya semalam adalah hari Rabu. Wakakakakaka. . . .aku dah siap post entry Wordless Wednesday semalam. Ha ha ha. . . .kekeliruan hari di situ. Perasan tak? Mesti tak perasan kan?
Ho ho ho . . . .

Okey, kita berbalik kepada topic di atas. Anda tahu apa itu PAP SMEAR? dah buat? belom? pegi buat. Set masa untuk buat PAP SMEAR.

Apa itu PAP SMEAR? (aku amek dari wikipedia)

Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap.

Siapa yang cipta PAP SMEAR ni? (credit to wikipedia)

Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada sitopatologi.

Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear (Papanicolaou & Traut, 1943). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.

Dah tau kan serba sedikit pasal PAP SMEAR . . . jadi jom kita pegi buat ujian. Kali ni tak yah letak gambar sebab bukan kene buat sendiri pun. Korang pegi klinik atau hospital buat ujian.

PAP SMEAR ni sebaiknya dilakukan semasa hari ke 10 hingga hari ke 17 haid kita. Dan dua hari sebelum buat ujian PAP SMEAR, korang semua tak boleh dan dilarang bersama sama dengan suami. Sebab pihak klinik atau hospital memerlukan kita punya original lendir bukan lendir yang bercampur dengan 'lendir' sang suami yea . . . rakan-rakan.

Itu sahaja nasihat saye untuk hari ini. Nasihat seterusnya akan datang untuk entry seterusnya lah! Malas aku nak taip panjang panjang. Ok, bye!

p/s: mencegah lebih baik dari mengubati!


ADIOS!