OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Saturday, October 22, 2011

Roasted Chicken with Lemon

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Wah! aku bersiaran pada hari sabtu. Janggal betol!.Hahaha . . . Ini adalah gara gara two of my kiddos still sleeping. Jadi aku boleh la online. woot! woot!

Arini aku nak share resipi Roasted Chicken with Lemon. Cara nak sediakan giler mudah! Korang boleh buat sekarang jugak! tu pun kalau ada bahan bahan la . . . .

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 biji lemon dibelah dua
1 batang lobak merah (sukati korang la nak potong camne. jangan hiris nipis suda)
1 biji bawang besar (belah 8)
1 biji kentang (kalau kecik letak le 2 bijik)
2 batang daun saderi (dipotong sebesar seinci)
3 ulas bawang putih (diketok)
2 sudu minyak masak (klu ada olive oil, letakle olive oil.umah aku takde.)
1 cawan air
garam
lada hitam
mixed herb

Cara-cara:

Pertama sekali HARUS lah korang bersihkan ayam tu dulu sehingga benar benar bersih. Camtu jugak lah dengan sayur mayur. Hehehehe. . . .Kemudian, korang bolehla potong segala sayur yang ada.

Panaskan oven kat suhu 240 darjah celcius.

Pastu letakkan sayur dan ayam dalam bekas yang berlainan sebab mudah korang nak lumurkan mereka dengan minyak, lada hitam, mixed herb dan garam. Lumurkan jugak garam,lada hitam dan mixed herb kat dalam ayam.Da settle korang lumurkan, perah lemon kat sayur sket. Pastu selebihnya kat ayam. Lemon tu jangan buang sayang oooiii . . . korang masukkan kat dalam ayam tu.

Lepas tu korang letakkan sayur kat dasar dulang pembakar dan ayam pulak kat atas sayur tu. Dapat bayangkan tak? Pastu letakkan secawan air kat sayur tu. Sebelum bakar taburkan sikit lagi garam, lada hitam dan mixed herb kat atas ayam.

Masukkan ayam dalam oven. Dan kurangkan suhu dari 240 darjah celcius kepada 200 darjah celcius. Korang bakar ayam korang selama 1 jam 45 minit. Done!



 -sesi pembakaran-





 - selepas dibakar -





SORRY HUSNI! NANTI KO BALIK AKAK BUAT UNTUK KO!

p/s: Selamat Mencuba la resipi omputeh aku nih! hehehehe. . . .


ADIOS!

2 comments:

  1. hye dear jemput ke my new blogshop :p need your support by follow me :)
    http://beautifulafia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dah singgah dan dah follow. thanks sbb singgah~

    ReplyDelete