OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, August 9, 2011

otak letak kat punggung kot!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Saat-saat kesibukan melanda diri aku beberapa hari ini. Sampai tak menang tangan nak handle semua projek yang masuk. Nak nanges pun ado. Hu hu hu. . . .

Hujung minggu yang lepas, aku dan family balik Banting. Berbuka posa kat umah in laws. All Encik Usben siblings ade. Meriah gak la. Makanan penoh meja! Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Tahniah untuk all government sectors yang dapat Bonus raya! Including pensioners! So, that means my grandfather and my Umi pun dapat bonus raya. . . .Maka, aku ingat aku nak rompak atok aku. Ha ha ha. . . . aci tak?

okey, kita masuk cerita yang aku nak cerita nih!

Semalam, Umi ngan Abah aku pegila jenjalan kat Giant, Permata. Pastu lalu la kat area Wangsa Maju. Tetiba ternampak ada satu pompuan ngan baby nanges kat bustop. Dekat kaki pompuan tu ada beg besar. Jadi, disebabkan kebizibodian, Umi ngan Abah aku pon pegila kat pompuan tu tanya kenapa dan apa dah jadi.

Budak pompuan tu kata suami dia halau dari umah dan selalu pukul dia. Budak pompuan tu muda lagi. Umur baru 22 tahun. Anak dalam 4 - 5 bulan camtu. Suami dia bekerja sebagai pihak berkuasa yang beruniform! Lelaki dayus!

Kenapa aku cakap laki tu dayus? Dah kantoi ngan bini, kau main message ngan pompuan indon sana, pompuan melayu sini, berYM bagai, keluar sana, keluar sini. . . .sampai tak ingat anak bini. Bila dah kantoi, sesuka hati mak pak atok makcik jiran sebelah umah ko je nak pukul bini! Dalam Islam ada bagi ke pukul bini, kalau ko kantoi ngan bini sebab main dengan pompuan lain? ada? takde kan?

Dengan belas kasihan Umi ngan Abah aku pon, bawakla budak pompuan tu pegi jumpa kakak dia. Dah jumpa kakak dia kat Wangsa Maju, bawak dia kat umah kakak dia pulak. Lepak le dia kat umah kat kakak dia. Apa jadi pada beliau, hanya Allah saja yang tahu. Semoga Allah melindungi dia.

Morale of the story. Orang lelaki cuba jangan pukul isteri dengan sesuka hati! Kalau dah memang salah, ngaku jelah! Buat malu kaum Adam jek!

p/s: Jangan gunakan kekerasan terhadap wanita!


ADIOS!