OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, August 1, 2011

Momok Jangan Panggil Aku!

Assalamualaikum, semua ;)



Hai, korang!. Aku tak tau la nak klasifikasi kan citer ni tahap apa. Semput aku tengok! Bukan semput sebab seram. Tak seram langsung! Cam apa je. Best lagi Antoo Fighter kot. Dan aku tak tau jugak citer ni hantu seram atau hantu lawak. Entahlah. . . .






Jalan citer dia?. . . .kejap aku kene check memory status aku. takleh nak detect lah citer ni. sebab citer ni tak patut simpan kat dalam memory card aku. sebab memang tak best. tak boleh nak layan lah citer nih! Best lagi You Saka Pergi Jauh-Jauh!

Ramlee (M Jamil) menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh (Cassandra Patrick), seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin (Ariff S Shamsudin) menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh  ni citer pasal citer hantu yang seram. Takdela seram mana pon citer dia. Gara-gara teknik dan garapan yang dilakukan tak kemas dan ntahla. memang tak seram langsung lah! Mula-mula dia citer pasal Hantu Raya. Abih tinggi aku terkejut je sebab kucing. Ingatkan hantu. Duh!

Biasalah Lebuhraya Karak tu kan sangat popular dengan citer Volkswagen Kuning tu. Maka, M.Jamil pun takmo terlepas daripada menceritakan pasal Volkswagen Kuning tu. Seyes, memang tak jadi. Citer Karak nyer volkswagen lagi jadi. Tetiba diorang terasa macam ada langgar budak ke apa ntah, punya lah rajin siap buat report polis lagik. Pemandu berhemah la katakan. Kene la report polis. Rupa-rupanya dah ada 5 report yang sama. Dan pihak polis masih lagi buat macam biasa. Hahahahaha. . . .

Lepas settle kat Balai Polis. Diorang lalu jalan mana ntah. Jumpa la sorang budak pompuan yang sakit perot dan terkentot kat dalam kete. Konon nak bikin seram la tu. Tak jadi pon sebab budak pompuan tu punye baju nampak berpeloh-peloh. Sah-sahla orang. Takkan hantu berpeloh kot. Apa daa?

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Yang pelik tu kenapa ntah si Ramlee kata sebelum Zohor aku sampai. Konon nak ikut dialog dalam Seniman Bujang Lapok! Dey! takpayah la tiru dialog citer-citer lama. Korang dah takde idea nak buat skrip ke? Dahla, cara cakap pun dah macam tiru orang-orang lama punya cara cakap! carila identiti sendirik!

Lepas da jumpa Ita tu. Si Qaseh ni sambung la pulak citer dia pasal Polong. Pun tak seram jugak. Ntah apa-apa. Seyes memang ntah apa-apa. Dah settle citer Polong, terserempak la pulak Abang Long ni. Abang Long ni lakonan Uncle Seekers. Tak lucu langsung lawak yang dia cuba sampaikan. Tetengah malam lapar pastu sesuka hati singgah kedai makan tepi jalan nak makan. Pikirlah sket mana ada kedai yang bukak tepi-tepi jalan dalam kampung pulak tu. Senget!

Memandangkan citer nye dah terlampau mengarut dan aku tak mampu nak teruskan menontonnya. Maka, Encik Usben menghabiskan tontonan. wakakakakaka. . . .apa yang aku tau ending dia si Aziz tu sebenarnya dah mati. Ntah camne dia leh call si Ramlee ni kata yang dia ada wat majlis. Yang si Abang Long tu pun hilang ntah ke mana. Rupa-rupanya Abang Long tu pekak dan bisu. Dia hanya penggali kubur disitu. Siapa Abang Long yang ada dalam kete dengan diorang tu? Ntah hantu mana yang menyamar jadi Abang Long tu. Duh!

Serius! serabut kepala otak aku tengok citer Momok Jangan Panggil Aku nih. Tak tau nak kata apa. . . .Minta maafla ye Encik M Jamil. Garapan kau kali ni memang tak menjadi. Otak aku memang tak boleh terima filem sebagai filem seram. Kelakar? lagila takde!

p/s: Scary Movie lagi okey.


ADIOS!