OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, August 11, 2011

BEBOT

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Camne puasa? Okey? Masih lagi takde lobang? Alhamdulillah. Diam tak diam dah 11 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Semoga kita dapat meneruskan sehingga 29 Ramadhan. Dah hampir bersawang kot aku punya belog ni.

Sangat sebok la beberapa hari ni. Banyak sangat quotation nak kene handle. Aku da rasa macam nak muntah! tapi kang muntah batal plak posa kan? Maka ku telan jua. . . . .hu hu hu

Sepatutnya aku update pasal budak dua orang ni semalam. . . . sebab semalam ngam-ngam budak dua orang ni 2 tahun 3 bulan & 11 bulan.

Mula-mula kita update pasal Cik Bebet. . . .



Cepatnya masa berlalu, dah 2 tahun 3 bulan anak ibu ni. Cepatnya membesar. Cik Bebet sekarang ni da boleh mengira satu sampai lima. Alhamdulillah. Dah pandai nyanyi A B C tapi yang dengar ABC . . . . .XYZ sahaja. Huruf yang lelain tak tau pegi mana. ho ho ho. . . .

Kalau lapar cakap nak makan nasi sambil pegang perut. Comey. Dah tau bila makan kene tadah tangan baca doa. Pantang dengar ayat al-quran je nak tadah tangan. Kira okay la kan? Kalau ajak baca Al-Fatihah. . . . dia ikut baca cuma dengar yang hujung saje. Tak kisahla janji ada munyik kan? hehehehe

Dah settle pasal kakak. . . .nak citer pasal adik pulak Cik Bobot. . . .


Anakku. . . .rasa macam baru je semalam melahirkan kamu. Cepat betul sesi tumbesaran kamu. Cik Bobot dah boleh jalan without ada orang pegang atau pegang apa-apa pada 04 Ogos 2011 aritu. Alhamdulillah. Gigi pun dah tumbuh empat batang.

Pagi-pagi bangun mesti nak kejut kakak. Panggil 'aaahhh'. Ayah pun panggil 'aahhh'. Layan kan aje. Ho ho ho.

Cik Bebet dah tak makan bubur. Dia prefer nasi instead of bubur. Tak kisahla, janji makan.

Beza budak dua orang ni? Kakak tak suka makan jelly. Adik suka makan jelly. Kakak tengok tv sangat tekun. Adik pulak bila tengok tv akan memberi reaction such as mulut dia akan menjadi sangat becok. Haiihhh-

Sekian, laporan terkini untuk budak dua orang tu. Nanti aku update lagi. Hehehehe. . . .

p/s: semalam buka makan makaroni goreng!


ADIOS!

2 comments: