OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, August 9, 2011

Hope She Will Be Okay!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Entri pantas kali ni. Aku harap ex-officemate aku dalam keadaan sihat dan sentiasa didalam rahmat Allah s.w.t. Aku baru je dapat berita yang dia jatuh sakit. Dah dua minggu. Ujian dari Allah untuk dia. Namun, dia dah berjumpa dengan doktor tapi doktor sendiri kata dia dalam keadaan sihat.

Ya, Allah. Kau selamatkan sahabatku dari sifat hasad dengki manusia. Dari maklumat yang aku dapat, dia nak cuba perubatan kampong pulak. Harap-harap dia okay. Aku da try call dia nak tanya bagaimana keadaan dia, tapi masuk voicemail la pulak. Gundah gulana pulak hati ni. . . . .

Rakan-rakan, mari kita berdoa kepada Allah supaya sahabat aku sihat dan dapat meneruskan tanggungjawab dia kepada suami, anak-anak dan Allah.

p/s: setiap satu kesakitan yang kita alami akan hilang satu dosa kecil. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Amin.


ADIOS!

No comments:

Post a Comment