OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 31, 2011

kesengalan

aku tak tau la kenapa aku arini. kesengalan datang secara tiba-tiba.mungkin sebab perut lapar tadi aku dah bantai makan kul 12.00 tghari. lepas makan seperti biasa konon nak solat zohor. apa kejadah nya solat zohor kul 12.30 tghari? aku masih lagi tidak mempunyai kesedaran aku solat Zohor pada jam 12.30 tghari. serius sengal.

sampaila biler Encik Usben tepon aku tanya tengah watpe. aku pun cakap le tengah pam susu. elok aku letak tepon je aku nampak jam. Yeah! baru kul 1.00 petang....dari situ la aku baru perasan aku sudah solat Zohor cukup awal! hahahahahaha-

aku pun sms Encik Usben aku...kata aku da sengal dan bininya ini sudah senget. solat Zohor tika jam 12.30 tghari.hahahahaha....nak tau apa dia cakap? mak mertua sindri yang da tua pun tak pelupa seperti aku! hamek ko terkono!

da settle message ngan Encik Usben, aku message plak ngan besfren aku...nak citer perkara yang memang melucukan! hahahahah...sampai sekarang ni aku masih lagi gelak...huhuhuhu

lepas aku da settle pam susu kul 1.30 petang, aku pun solat le Zohor balik!....ampunkan aku Ya Allah, diatas kelalaian aku.Amin.

p/s: sila lihat jarum jam dengan teliti!

ADIOS!