OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, March 9, 2011

empat golongan lelaki ke NERAKA

Entri kali ni untuk PARA WANITA 
walaupun tajuknya 
EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA....


PERTAMA (PARA AYAH)

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke NERAKA.

KEDUA (PARA SUAMI)

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, dan dia mengambil langkah dengan mendiamkan diri sedangkan  dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke NERAKA.

KETIGA (ABANG-ABANG)

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan membiarkan adik perempuannya melencong jauh dari ajaran Islam. Maka beliau juga akan ditarik oleh adik perempuannya ke NERAKA.

KEEMPAT (ANAK LELAKI) 
 
Apabila seorang anak lelaki tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dilakukan oleh seorang Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jadi, beliau juga akan ditarik oleh ibunya ke NERAKA.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan seorang wanita. Samada di dunia malah diakhirat juga. Sebagai kaum LELAKI yang bergelar AYAH, SUAMI, ABANG MAHUPUN ANAK, saudara sekalian PERLU dan HARUS memainkan peranan kamu yang sebenar. Seperti yang diperkatakan dalam firman Allah s.w.t .....

'Hai anak adam, peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, dimana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..'

Untuk para wanita....

Kasihanilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihanilah mereka dan juga diri kamu sendiri dengan menjalankan perintah ALLAH s.w.t dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas. InsyaAllah....

Pe lagi korang??? 
tak reti-reti nak beribadat dengan BETUL? 
mana ibadat yang patut 
di'overhaul'kan
sila overhaul kan. 
Apa yang korang buat tu berkait rapat dengan orang disekeliling kamu...
kalau diikutkan tak boleh langsung guna ayat 
"KUBUR AKU, KUBUR KAU, MASING-MASING JAGA KUBUR MASING-MASING" 
(sapela yang cipta ayat neyh!sangat stupid okeyh!) 
Renung-renungkan 
dan 
Selamat Beramal 
(^ ^)

No comments:

Post a Comment