OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 17, 2011

Fenomena Hikayat Merong Mahawangsa

Biler kita berkata tentang HIKAYAT 
tentula ada kaitan dengan LAGENDA...
dalam bulan ini selepas pelancaran movie 
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
mungkin ramai pelajar akan mengetahui 
mempelajari SEJARAH MALAYSIA
Bagus juga KRU STUDIOS 
buat cerita Hikayat ni..
sekurang-kurangnya membantu 
kanak-kanak zaman 2000++ ni belajar pasal sejarah.

Mengikut teks dari WIKIPEDIA...

Hikayat Merong Mahawangsa adalah salah satu Sejarah Negeri Kedah. Ianya menceritakan tentang sejarah pembukaan Negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia hingga ketibaan Islam pada abad ke-2 Masihi.

Mengikut teks tersebut, Merong Mahawangsa ini adalah penganut agama Hindu. Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136, dan menggunakan nama Sultan Mudzafar Shah dan dalam Hikayat ini juga ada menceritakan tentang serangan Chola keatas Kedah.
 
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong.

Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Begitula serba sedikit tentang Sejarah Merong Mahawangsa yang aku dapat dari WIKIPEDIA.....hehehehe...

Harap-harap membantu la jugak kita nak ingatkan semula tentang Hikayat Merong Mahawangsa yang mungkin ada terselit kat celah-celah membran otak kita... (^ ^)v


Ini plak sinopsis dari movie Hikayat Merong Mahawangsa yang digarap oleh Yusy Abdul Halim ke layar perak. harap-harap movie ni tak lari daripada sejarah yang ada....

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Harapan aku? 
dapat menonton filem ni....
mungkin kah akan terjadi? 
Encik Usben... 
rasa2 kita boleh menonton tak cerita neyh???? 
hmmmm....
dan aku juga berharap...
movie dapat collect banyak duit...
apakah ianya akan terjadi?
kita kene tunggu dan lihat!
 selamat menonton! 
toink toink! toink!