OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, March 31, 2011

Mulianya Seorang Isteri Disisi Allah

Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Suami-suami sila hargai isteri anda sebelum terlewat!
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka, hargailah mereka...

Beruntungnya menjadi seorang wanita yg punya rahim. Wanita ini berkhidmat dan bekerja dengan Tuhan… Wanita ini sebagai pengeluar 'manusia'.

Tiap-tiap bulan juga wanita itu diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Begitu juga dengan cuti bersalin, wanita itu dapat cuti sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Manakala ORANG LELAKI takde CUTI sembahang. Sembahyang WAJIB keatasnya dari LELAKI itu baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi yang dikandungnya seluruh dosanya habis diampunkan oleh Allah. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa ada wanita yang takut untuk melahirkan anak? Renung-renungkan...

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Yang ni salah satu ganjaran yang agak best! 
untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. tapi kalau isteri buat dosa, si suami akan tanggung! jadi janganlah korang memberatkan bahu kiri suami anda, wahai para isteri.ingat tuuu...
 

Jangan plak nanti korang terkejut biler tengok korang nyer pahala ada extra manyak...hehehehe...tapi kalau korang tak buat yang wajib tu...tak guna gaks!

terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..best! best! aku suka...Encik Usben sila lah kunjungi surau atau masjid selalu supaya binimu juga mendapat pahala juga....tq!

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Jadi jangan merungut...peringatan untuk diri sendiri jugaks!
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

"Wanita bukan dicipta dari kepala, 
jadi dia tak perlu disanjung. 
Wanita juga bukan dicipta dari kaki 
untuk diinjak-injak. 
Wanita dicipta dari sebelah kamu, 
yakni dari rusuk kiri kamu. 
Ini kerana supaya dia sentiasa hampir dengan kamu 
dan 
disayangi kamu.
Manakala lengan lelaki dicipta 
untuk
mempertahankan wanita"

ADIOS!
 

8C yang DIBENCI suami-

isteri-isteri kalau boleh cuba elakkan daripada melakukan yang LAPAN ni....kalau ada cuba kurang-kurangkan...demi KASIH SAYANG, CINTA dan ALLAH.


C1. CABAR 
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL 
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR 
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT 
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. macam aku, tak make up pon...cuma biar nampak kemas je...jangan la sampai rambut mengerbang cam antu Kak Limah tu....

C5. CEMBURU 
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET 
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI 
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI 
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal….

p/s: dapat dari Dr.Fadzillah Kamsah-

ADIOS!

kesengalan

aku tak tau la kenapa aku arini. kesengalan datang secara tiba-tiba.mungkin sebab perut lapar tadi aku dah bantai makan kul 12.00 tghari. lepas makan seperti biasa konon nak solat zohor. apa kejadah nya solat zohor kul 12.30 tghari? aku masih lagi tidak mempunyai kesedaran aku solat Zohor pada jam 12.30 tghari. serius sengal.

sampaila biler Encik Usben tepon aku tanya tengah watpe. aku pun cakap le tengah pam susu. elok aku letak tepon je aku nampak jam. Yeah! baru kul 1.00 petang....dari situ la aku baru perasan aku sudah solat Zohor cukup awal! hahahahahaha-

aku pun sms Encik Usben aku...kata aku da sengal dan bininya ini sudah senget. solat Zohor tika jam 12.30 tghari.hahahahaha....nak tau apa dia cakap? mak mertua sindri yang da tua pun tak pelupa seperti aku! hamek ko terkono!

da settle message ngan Encik Usben, aku message plak ngan besfren aku...nak citer perkara yang memang melucukan! hahahahah...sampai sekarang ni aku masih lagi gelak...huhuhuhu

lepas aku da settle pam susu kul 1.30 petang, aku pun solat le Zohor balik!....ampunkan aku Ya Allah, diatas kelalaian aku.Amin.

p/s: sila lihat jarum jam dengan teliti!

ADIOS!

kencing manis

petua arini untuk anda-anda yang mempunyai kencing manis
selain daripada korang semua kene telan ubat-ubatan doktor
cuba korang cuba mengamalkan petua ni
pertama-tama skali korang cuba makan buah ni....
sehari satu biji!


lepas tu kalau rajin makan le sayur peria jugak
yang ni tak perlu le makan selalu
 dapat makan 2 minggu sekali pun cukup
nak lagi rajin korang buat jus epal hijau+peria...
layanzzz!


yang ni pulak pokok senduduk
korang amek daun pokok senduduk ni
pastu rebus daunnyer dan minum airnye
baca selawat...InsyaAllah

Selamat Mencuba!

ADIOS!

Wednesday, March 30, 2011

sakit lutut


arini nak bagi petua untuk anda-anda yang selalu sakit lutut...
senang je....
tak yah sapu minyak
korang kene makan je
bukan ubat!
sesuatu yang enak...hehehehe
pertama sekali..korang kene makan buah ni...



suka kan? 
sedap woooo!
makan le dua biji seminggu...
lagipun buah ni tinggi kadar Vitamin C
jadi boleh mengelakkan kene selsema..
kan da jadi 2 in 1..
pastu korang makan ni...
makan sesudu sehari...
boleh ke telan?


apa ni? 
minyak zaitun le 
atau
bahasa omputih nyer olive oil....
selamat mencuba!

ADIOS!

mesti mau!

mesti mau...bukan TWISTIES okey!
'dia' lagi sedap daripada TWISTIES
 sudah sampai si'dia'...
dah dua kali aku bersama si'dia'
 hehehehhe...
first time...budak ni banje...

 
pastu...
orang ni plak banje....


family aku panggil BUAH BUSUK
pe lagi kalau bukan DURIAN
sesetengah orang memang tak boleh nak makan DURIAN..
kata mereka buah ni BUSUK...
kalau mat saleh plak...ada yang kata macam bau pampers baby...
bau durian lagi sedap kot banding ngan bau pampers...
ada yang kata bau DURIAN tu macam bau lori sampah langgar SKUNK...
ape daaaa....
tak kisahla korang kata buah ni buah macam apa pun...
yang pasti aku ngan famili aku memang layan buah ni...
lalalalalalala~
tapi tu lah, buah ni ada gak kekurangan dia....
kalau makan banyak-banyak KEPANASAN le lepas tu....
lepas tu SENDAWA pun baru deroyan
bukan setakat SENDAWA...you all's nyer URINE pun bau DURIAN
hahahahahaha!

sedap wooo...sampai menjilat jari. Lagi sedap dari KFC- hahahahahaha

ADIOS!

p/s: safiyyah suda makan durian...layanzzz!

Monday, March 28, 2011

keterujaan!

tak sabar nye nak tunggu benda ni...
teruja sangat-sangat.
event yang lain daripada yang lain 
event ni start 1 April 2011
MAHARAJA LAWAK
lagi-lagi ada diorang diorang neyh

johan+zizan
usop+taugeh
amir
sepah
jihan
balas
R2
sepah
XN3
alex
kecik
man
nabil

who's the winner?
dunno
hope JOZAN will win
^__^

seronok-seronok-seronok!

Friday, March 25, 2011

Interlok III

INTERLOK dari sudut pandangan seorang pembaca....

Novel interlok ni menceritakan tentang kehidupan 3 keluarga yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India. Ianya seperti berkisarkan tentang 1 Malaysia, kepelbagaian kaum, sikap setiap kaum, adat setiap kaum dan cara kehidupan setiap kaum.

Kaum Melayu, penulis memilih keluarga Seman. Seman, bertiga satu keluarga diketuai oleh ayahnya Pak Musa dan Mak Limah. Di awal kisah, Pak Musa orang tua yang diserang penyakit batuk yang kronik. TB barangkali cuma tidak dinyatakan disitu. Mak Limah orang tua yang suka makan sireh yang telah digobek dan duduk dipintu sambil melihat anaknya Seman memotong kayu. Seman seorang pemuda yang gagah dan pandai membuat kerja kampung. Namun sayangnya, Seman tidak pandai membaca.buta huruf.

Dalam kisah kaum Melayu ni, penulis menyebut tentang sikap tolong menolong, hormat menghormati. Namun, pada zaman ini, orang Melayu mempunyai satu sikap yang tidak keterbukaan kepada sesuatu yang baru. Seperti mengelakkan anak mereka dari hadir ke sekolah kerana mereka menganggap mengaji Quran, Solat dan Doa sudah cukup. Sedangkan ilmu membaca dan mengira sangat penting...disini juga penulis menyatakan dimana orang Melayu kebanyakannya membuat kerja-kerja kampung seperti yang kita sudah ketahui.

Kaum China, penulis memilih keluarga Cing Huat. Cing Huat datang belayar dari Negeri China semata-mata untuk mencari rezeki di Tanah Melayu. Sanggup mereka belayar jauh-jauh semata-mata mencari sesuap nasi. Dalam penceritaan kaum Cina ini, penulis memetik tentang kerajinan dan sikap bersungguh-sungguh kaum Cina untuk mencari rezeki dengan menjadi penarik lanca, menjadi buruh di lombong-lombong dan ada juga yang menjual barangan runcit atau kedai makan Cina. Penulis juga menceritakan bagaimana cara kaum Cina menapak di bumi Tanah Melayu dan berniaga serta bagaimana kaum Cina mendapatkan tanah dari kaum Melayu.
-disini aku merasakan betapa kurang bijaknya kaum Melayu waktu itu sehingga menggadaikan tanah kepada kaum lain-

Kaum India, keluarga Maniam. Maniam datangnya dari India. Datang melalui laut menaiki kapal dan terus ke Pulau Pinang. Meninggalkan kehidupan yang susah di India untuk mencari rezeki di Tanah Melayu. Kebanyakan kaum India yang datang ke Tanah Melayu bekerja sebagai penjual kacang putih, makanan (yang mana yang Muslim),dan juga bekerja di ladang dan estet-estet. Disinilah, dimana penulis menceritakan kaum India penuh dengan adat resam yang cantik.

Interlok. Penulis menceritakan ketika keadaan Tanah Melayu diserang Jepun dan Komunis. Begitu juga dengan semua kaum bersatu padu melawan Jepun dan Komunis semata-mata untuk Tanah Melayu. Dan disini jugalah kita boleh lihat satu perpaduan kaum demi Tanah Melayu.

Dari mata aku...buku ini memang bagus untuk dijadikan rujukan sejarah untuk semua peringkat umur. Kerana ia menceritakan bagaimana kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu dengan gaya penceritaan yang menarik tanpa kita rasa ianya adalah FAKTA SEJARAH. Huhuhuuhu.....

Kalau nak citer pasal Interlok ni...mau bepage2 aku kene taip...hahhahaha. Aku harap korang pegi beli buku ni, dan baca, lagi-lagi untuk orang yang pencinta Sejarah Tanah Melayu!.

ADIOS!

p/s: sekurang-kurangnya pengetahuan Sejarah aku bertambah walaupun masa SPM aku dapat 7.

Interlok II

ritu aku ada citer pasal INTERLOK kan???.... 
perkataan paria telah digugurkan...
aku tau pun sebab aku dengar kat berita TV3 semalam...
perkataan paria diganti dengan frasa golongan yang sama. 
banyak lagi fakta dan frasa yang ditukar kat dalam novel ni. 
 no more originality of this novel even though they got permission from the author
I've already read this INTERLOK
takde pun rasa terlalu rasis. 
tapi lain orang lain pendapat kan? 
pe kata korang beli novel INTERLOK ni pastu baca....
pastu korang bagitau apa pendapat korang pasal buku ni...
tapi beli yang original punya bukan yang dah ditukar...
dari apa yang aku baca...
buku ni ada jugak menyelitkan tentang adat resam dan cara kehidupan kaum Melayu, India dan Cina...

korang nak tau berita lanjut tentang apa yang mereka tukar dalam novel INTERLOK ni? meh baca neyh....sayang seribu kali sayang...

KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai novel Interlok selesai apabila frasa sensitif bagi kaum India dalam novel yang dijadikan teks komponen sastera (Komsas) Bahasa Malaysia Tingkatan 5 itu diganti dengan frasa ‘golongan yang sama.’

Kata sepakat itu dicapai oleh Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok dan cadangan menyunting frasa berkenaan dari novel itu dipersetujui oleh penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, selaku pemegang hak cipta.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu menyelesaikan isu pokok berhubung penggunaan perkataan yang merujuk kasta kaum India yang didakwa bersifat rasis dan menyinggung perasaan mereka sehingga menimbulkan bantahan beberapa kumpulan sejak itu dibangkitkan pada Disember tahun lalu.

Katanya, dalam mesyuaratnya kelmarin, panel berkenaan juga mengenal pasti hanya 19 perkara daripada 106 cadangan pindaan dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India di negara ini. Beliau juga berkata, semua cadangan pindaan yang dikemukakan kepada kerajaan oleh wakil masyarakat India dalam panel berkenaan tiada kaitan dengan isu pokok tetapi meliputi perkara mengenai fakta, bahasa dan tatabahasa, termasuk koma, noktah dan tanda soal.

"Ini bermakna 87 perkara lagi tidak berkaitan dengan isu pokok. Ini termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel, ejaan `tali' dipinda kepada `taali', `papa' ditukarkan `appa', dan `cawat' diganti `dhoti'.

"Justeru, semua ahli panel, termasuk wakil masyarakat India, bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit membuat suntingan wajar kepada novel itu dalam cetakan akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.
Muhyiddin berkata, panel bebas yang dipengerusikan Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, sudah bersidang empat kali dan mengadakan dua pertemuan dengan beliau.

Mengenai 19 perkara dalam Interlok yang boleh dianggap sensitif, beliau berkata, tiga daripadanya adalah berkaitan penggunaan perkataan kasta yang kini selesai selepas penulis bersetuju menggugurkannya. Tiga perkara lagi berkaitan fakta lembu sebagai binatang suci Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga selesai selepas panel dengan persetujuan wakil masyarakat India, memutuskan ia tidak menyentuh sensitiviti kaum itu.

"Daripada 13 perkara berbaki, tujuh sudah dapat diselesaikan apabila panel bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan errata (senarai kesalahan dan pembetulan) dalam novel itu bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan serta keagamaan masyarakat India.

"Enam perkara lain juga dapat diselesaikan kerana penulis bersetuju meminda perkataan `tuhan' kepada `dewa' dan menggugurkan frasa `orang berkulit hitam'," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan menyediakan satu glosari untuk memperjelas beberapa frasa serta konsep dalam Interlok bagi memudahkan pelajar memahami teks dan konteks novel berkenaan.

Katanya, penyelesaian secara baik isu Interlok, terutama kesediaan penulisnya membuat pindaan menunjukkan tiada isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan semangat musyawarah, muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima.

Berikutan itu, beliau mengingatkan pihak yang ada kepentingan politik sempit jangan sesekali cuba menangguk di air yang keruh atau mengeksploitasi isu itu untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan porak-peranda di negara ini.

"Ini adalah perbuatan sia-sia yang pasti akan ditolak oleh rakyat. Saya yakin majoriti rakyat adalah rasional dan akan menerima keputusan yang adil dan munasabah," katanya sambil menyifatkan keputusan penulis membantu kerajaan menyelesaikan kontroversi Interlok adalah sumbangan amat besar kepada negara. 

p/s: biler aku da abes baca novel INTERLOK ni, nanti aku cerita dari sudut pandangan aku erk....tunggu-sebab tinggal lagi sikit je nak abes-

Thursday, March 24, 2011

cuci-cuci

masa zaman sekolah aku pakai ni .... CLEAN & CLEAR



lepas tu biler masuk U aku pakai ni ...DOVE

tapi aku pakai DOVE ni kejap je...sebab muka aku jadi penuh berminyak...kalau leh perah, aku rasa leh wat minyak masak kot...

disebabkan terlalu berminyak...aku tukar kepada ini....POND'S

masa tukar facial wash ni...orang tak pernah tegur aku, dah mula tegur aku...trus rasa cam dalam iklan PONDS....yang ada zizan nin ngan melissa maureen (aku cari kat youtube xjumpe plaks)

biler da start keje dan umur pun da masuk 25....aku tukar pada pencuci muka ini....OLAY

dan sampai sekarang aku masih lagi menggunakan OLAY...sangat sesuai ngan muka aku...kurang berminyak dan bestla...harga pun tak mahal sangat...harga biase pencuci muka...kalau tak salah RM10.90 kot...dah lupa harga sebab kalau beli main capai je...huhuhuhu

part paling best, mak aku pun join pakai skali...hahahahaha

mak korang ada ke share pencuci muka...mesti takde...aku bangga la...sebab biler abes...kadang mak aku beli...aku tak yah beli...JIMAT! lalalalalalala


Sudah Tukar (^ ^)

Dari ini ....

polycarbonate bottle...

kepada ini .....

polypropylene bottle ...

aku beli polypropylene bottle ni kat GIANT jek
jenama Pureen....
harga RM22.90 untuk 1 set (3 botol)...
dua botol besar dan satu botol kecil.
aku beli 3 set...
sebab kene hantar dua set botol 
(satu botol kecil & satu botol besar) 
kat umah pengasuh
yang baki...untuk kegunaan kat umah
yang guna botol pun budak ni...

dia sorang je dekat 4 botol untuk umah nye...
tu yang kene beli banyak botol..
hehehehe-

Tuesday, March 22, 2011

EARTH HOUR 2011

kembali lagi EARTH HOUR!
pe lagi READERS! mari kita bantu bumi
sape lagi nak bantu kalau bukan PENDUDUK BUMI
takkan nak panggil ALIEN kot
kalau panggil ALIEN pun...diorang pun dah tak nak duduk kat BUMI ni
sebab BUMI kita dah tua already
banyak KEHANCURAN dah berlaku
mungkin akan tiba masa BUMI kita akan MATI
begitu juga dengan PENDUDUK BUMI
KITA juga akan MATI
itu JANJI ALLAH!

Allahu Akbar!



sempena EARTH HOUR 2011 ni
jom le kita beramai-ramai memadamkan LAMPU 
selama SATU JAM
dari kul 8.30malam hingga 9.30malam
SELAMATKAN BUMI KITA yang hampir PUPUS...

ADIOS!

Monday, March 21, 2011

Nursakinah Zaharah

budak ni suda BOTAK pale nye....
dia da 6 bulan
da boley makan 
bubur nasi + sayur + ikan + ayam+ daging
da boley meniarap TAPI menyusur kebelakang... ^ _ ^
berat da 6.7kg
tinggi da 66 cm
masih lagi BF...alhamdulillah
tu saje yang terkini...hihihi

Friday, March 18, 2011

Cik Safiyyah Zaharah

dah lama tak citer pasal budak kecik neyh.....


dia da 22 bulan

ritu last timbang berat dia 9kg

tinggi dia plak .... 86cm kot-

tak tau la bile berat badan budak ni nak naik....haiihh-

sekarang ni dia da pandai cakap 3 perkataan...sangat teruja okeyh!

sentences yang selalu dia cakap.....
kalau 3 word

ma nak cik - ibu nak nasi
ma nak apin - ibu nak tengok upin ipin
ma nak kut - ibu nak biskut @ ibu nak ikut
ma nak andi - ibu nak mandi
ma nak cucu - ibu nak susu
ma nak yesh - ibu nak air

sentences yang selalu dia cakap....
kalau 2 word

ma chjom - ibu jom
ma ayak - ibu berak

sentences yang selalu dia cakap....
kalau 1 word

banyak da...tak terkira...tu blom masuk lagi dengan bahasa dia..huhuhuhu

syukur sangat-sangat dia leh cakap 
dan 
memudahkan aku berinteraksi ngan dier....
kalau cam korang nak ajar anak korang bercakap...
ajar masa waktu mandi ngan waktu nak masuk tido... 
InsyaAllah diorang leh dapat tangkap...
cuba la-

p/s: apa yang pasti dia masih payah nak sebut perkataan ibu...mesti jadi apu dan yang mudah dia panggil aku ma je...walaweyh!

KELUKAAN YANG MEMILUKAN

waaaa! jari aku....

gara-gara nak potong....



untuk .....


biler da luka...trus aku cam blur camner nak guna tangan yang masih lagi cedera...

aku blurr pabila....
nak potong bawang sebab nak masak mee goreng pagi tadi

blurr lagi pabila....
nak pakaikan Cik Bobot & Cik Bebet pampers (_ _)!

blurr berterusan pabila...
nak type kat keyboard neyh...jari mana yang patut aku gunakan untuk menggantikan jari yang luka...dem!

hai la jari, cepatle baik ye....aku banyak nak buat keje yang berkaitan dengan kamooo...(= =)!

Polycarbonate vs. Polypropylene II

ritu aku da citer pasal PC vs. PP kan...
arini sambungan lagi. 
ritu kerajaan kesayangan kita neyh buat KECOH 
nak haramkan...
pastu biler aku baca artikel 
dalam paper UTUSAN semalam, 
citer lain plak jadi...
demm-

ni la petikan dari UTUSAN

Tidak perlu haram serta-merta botol susu polikarbonat

KUALA LUMPUR 16 Mac - Kerajaan tidak mahu mengambil langkah drastik mengharamkan botol susu polikarbonat yang mengandungi bisfenol A (BPA) kerana mengambil kira tempoh masa yang diperlukan pihak industri bagi menarik semula barangan itu daripada pasaran di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak menggalakkan botol susu polikarbonat itu diharamkan serta-merta kerana ia bukan barangan mengandungi racun sebaliknya ia mempunyai migrasi yang boleh dicegah namun berbahaya.
Selain itu, kata beliau, kerajaan juga melihat daripada aspek mengelakkan kerugian besar terhadap pihak industri yang terlibat. 

"Kita boleh mengharamkan sesuatu barangan itu serta-merta jika ia melibatkan racun tetapi dalam kes ini ia masih boleh digunakan tetapi mestilah dengan langkah yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Bagaimanapun kerajaan tetap membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan botol susu itu ekoran bimbang pengguna tidak boleh menggunakan barangan tersebut dengan kaedah yang betul,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta kerajaan menguatkuasakan serta-merta pengharaman penjualan botol susu polikarbonat tanpa memberi tempoh setahun lagi untuk melaksanakannya kerana penggunaannya boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem hormon termasuk fungsi tubuh bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai berkata, tempoh setahun yang diberikan oleh kerajaan kepada pihak industri botol tersebut telah dilaksanakan di seluruh dunia termasuk Kesatuan Eropah (EU).
Beliau berkata, kerajaan juga telah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak di dalam negara sebelum memutuskan untuk mengharamkan penggunaan botol susu itu termasuk gabungan persatuan pengguna tempatan. 

"Bayangkan jika kita membuat keputusan drastik ia bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada syarikat pengeluar barangan malah ia boleh menjejaskan ekonomi negara.
"Sehubungan itu, kerajaan perlu memberi tempoh antara enam bulan hingga setahun untuk melaksanakan pengharaman tersebut,'' jelas beliau.

macam-macamla kerajaan ni...
kalau nak buat, biar buat betol-betol. 
jangan main taram je...! 
siasat sehabis baik baru kluarkan statement 
jangan buat ibu bapa kat bumi 
MALAYSIA 
ni kelam kabut naik bot! 
hish!

ADIOS!

Thursday, March 17, 2011

BULI - 20 pelar asrama dibuang sekolah!

mula-mula aku terdengar pasal BULI ni kat radio 
pastu aku naktau berita sepenuhnya aku baca kat  
Berita Harian plaks. 
aku tak paham betolla 
kenapa perlu membuat aksi BULI MEMBULI neyh! 
bagus sangat ke awak tu nak BULI-BULI orang? 
awak ingat awak da cukup hebat ke nak 
BULI-BULI orang neyh?
sengals la korang neyh!

Ni la petikan dari Berita Harian...

BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.
“Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata ketika dihubungi.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini.

Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit.

Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu.

“Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab sukar bagi kami untuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan,” katanya semalam.

Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras.

Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu.

“Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri,” katanya.

KOMEN AKU:

Memang patut pun pihak sekolah buang budak-budak tu. walaupun aku tahu budak ni nak amek SPM. tapi masa diorang buat perbuatan BULI tu diorang tak pikir plak benda tu salah. Korang umur da 17tahun kot. da reti dan pandai pikir mana satu perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat!

Dah la sekolah kat asrama penuh. Sah2 la korang budak-budak yang bijak! Kepada mak pak korang plak, salahkan anak jangan salahkan pihak sekolah mengapa pihak sekolah buang mereka dari sekolah. sekolah pun nak jaga nama baik jugak. takkan sekolah berasrama penuh nak simpan budak-budak yang tak berdisplin camtu. aku minta maafla kalau kata-kata aku ni kasar...tapi ianya benar. jika anak aku berada di tempat korang pun, aku akan salahkan anak aku. sebab sekolah tempat belajar bukan tempat nak tunjuk kekuatan!

ADIOS!

Fenomena Hikayat Merong Mahawangsa

Biler kita berkata tentang HIKAYAT 
tentula ada kaitan dengan LAGENDA...
dalam bulan ini selepas pelancaran movie 
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
mungkin ramai pelajar akan mengetahui 
mempelajari SEJARAH MALAYSIA
Bagus juga KRU STUDIOS 
buat cerita Hikayat ni..
sekurang-kurangnya membantu 
kanak-kanak zaman 2000++ ni belajar pasal sejarah.

Mengikut teks dari WIKIPEDIA...

Hikayat Merong Mahawangsa adalah salah satu Sejarah Negeri Kedah. Ianya menceritakan tentang sejarah pembukaan Negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia hingga ketibaan Islam pada abad ke-2 Masihi.

Mengikut teks tersebut, Merong Mahawangsa ini adalah penganut agama Hindu. Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136, dan menggunakan nama Sultan Mudzafar Shah dan dalam Hikayat ini juga ada menceritakan tentang serangan Chola keatas Kedah.
 
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong.

Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Begitula serba sedikit tentang Sejarah Merong Mahawangsa yang aku dapat dari WIKIPEDIA.....hehehehe...

Harap-harap membantu la jugak kita nak ingatkan semula tentang Hikayat Merong Mahawangsa yang mungkin ada terselit kat celah-celah membran otak kita... (^ ^)v


Ini plak sinopsis dari movie Hikayat Merong Mahawangsa yang digarap oleh Yusy Abdul Halim ke layar perak. harap-harap movie ni tak lari daripada sejarah yang ada....

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Harapan aku? 
dapat menonton filem ni....
mungkin kah akan terjadi? 
Encik Usben... 
rasa2 kita boleh menonton tak cerita neyh???? 
hmmmm....
dan aku juga berharap...
movie dapat collect banyak duit...
apakah ianya akan terjadi?
kita kene tunggu dan lihat!
 selamat menonton! 
toink toink! toink!




Tuesday, March 15, 2011

Polypropylene vs. Polycarbonate


baru sekarang kerajaan kita bagitau yang botol jenis POLICARBONATE (PC) ni tak leh digunakan, kene gunakan botol jenis POLYPROPYLENE (PP). KENAPA BARU SEKARANG? masa zaman tok adam dulu xde plaks ko nak kata PC ni merosakkan kesihatan kanak-kanak! masa zaman taraf kehidupan makin meningkat ni la ko kecoh nak kata botol jenis PC ni membahayakan. demmit!

memang la aku boleh tukar demi kesihatan anak-anak aku. tapi kalau berdasarkan daripada laporan BERITA HARIAN diorang nak haramkan penggunaan botol susu jenis PC ni tahun 2012. Apsal lambat sangat? apa masalah nya? korang baca la sendiri....

PUTRAJAYA: Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.
“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.
Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu.

“Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.


INFO: Bisphenol A (BPA)

- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:


  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.

  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.

  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.

  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

  • Jadi to all parents change all milk bottle. DON'T use PC's bottle BUT use PP Bottle....hujung bulan ni baru leh tukar.haihh! ingat nak beli AVENT...tapi cam kurang kemampuan..kene la cari yang biase2 jek.

    Monday, March 14, 2011

    A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

    I hope and wish that I can read this book. This book already SOLD OUT in the market after a day launch. Huhuhuhu....

    MPH Group Publishing telah menerbitkan dan mengedar buku yang ditunggu-tunggu oleh semua readers. Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Hasil nukilan Tun Dr Mahathir Mohamad. Buku ni berada di pasaran pada 08/03/2011 di semua stor MPH dan kedai-kedai buku seluruh negara.


    Sedikit INFO pasal buku neyh!

    I've got these articles from MPH

    In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.

    This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir’s extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bête noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.

    At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why.


    Pasal Penulis buku neyh!
     
    Tun Dr Mahathir Mohamad lahir pada 10/07/1925. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Dia memegang jawatan PM selama 22 tahun. Lama tuuuuu! kalau 22 tahun, maknanya dia da jadi PM Malaysia dari tahun 1981, pastu umur dia 56 tahun. Pencen dari PM Malaysia masa umur dia 78 tahun pada tahun 2003. Dia antara PM Malaysia yang paling lama memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia....cayalah Dr. M! kini beliau masih lagi aktif berpolitik, walaupun sekadar suam2 kuku saje...tapi bolehla...kerana Malaysia masih memerlukan idealisme from him.

    okey...tu saje citer pasal buku ni. aku harap aku dapat baca buku ni. pastu mana tau aku leh tulis aku review kat blog ni...biler cakap pasal buku, novel INTERLOK pun aku tak dapat baca lagi....nak beli laaaaa....Encik Usben bantuin saya, dong!

    6 bulan

    Ari khamis 10/03/2011 :  Cik Bobot dah 6 bulan. Dia da pandai meniarap. Sesetengah orang kata lambat jugak dia meniarap. Aku tak kisah...janji dia da meniarap. Sesi pembelajaran bergantung kepada kanak-kanak tersebut. Ada kanak-kanak yang berumur 3 bulan da bley meniarap...ikut perkembangan budak. Bukannya tak risau, tapi memandangkan Cik Bebet dulu pun agak lambat meniarap. tapi berjalan dia sangat cepat. Umur 10 bulan Cik Bebet da boley berjalan...so, untuk perkembangan Cik Bobot, akan di'update' dalam entry seterusnya.....

    Ari jumaat 11/03/2011 :  balik Banting...tapi biler sampai Cik Bebet ngan Cik Bobot nangis xhenti. Cik Bebet nangis, Cik Bobot nanges. Cik Bebet benti nangis, Cik Bobot pun benti nanges. Cik Bobot nanges, Cik Bebet pun nanges gaks. Aku ngan Encik Usben poning giler melayan kerenah mereka berdua malam tu. Dekat kul 2 pagi baru diorg tido....waaaaaa!

    Ari sabtu 12/03/2011 :  Cik Bobot kene cukur pale nya....Encik Usben sangat teruja untuk membotakkan pale anaknye...huhuhuhu (_ _)! kalau ikutkan hati aku, xmo cukur sebab sayang, rambut dia panjang....harap-harap rambut dia cepat panjang...risaunye~

    Jadinye untuk permulaan minggu ni aku sedikit penat dan mengantoks....(=  =)

    Friday, March 11, 2011

    badan berbau atau ketiak berbau????

    perrrggghhh! 
    ini masalah yang paling berat sekali...
    cuba korang bau ketiak korang sekarang! 

    kalau berbau....
    mari baca petua ni. 
    kalau yang mana boleh gunakan deodorant tu, gunala. 
    tapi da guna deodorant,
    pun ketiak atau badan masih berbau, 
    korang bley la cuba petua ni.

    arini aku ada dua petua....
    satu cara tradisional 
    dan
    satu lagi cara modern 
    v(^ ^)v

    cara tradisional : korang amek kapur sireh pastu campurkan ngan air. lepas da sebati, sapukan kat ketiak korang yang berbau tuh!cam biasa cuba try buat seminggu 3 kali sehingga korang bau ketiak korang da xde bau lagi. hihihihi.

    lagi satu petua tradisional : korang amek limau kasturi tu...belah dua pastu sapu kat ketiak korang. buatla seminggu 3kali. InsyaAllah, ilang la bau tu perlahan-lahan....(^ ^)v

    cara modern : korang beli bedak HIBKA POWDER harga RM4.00. pakai. korang leh beli bedak ni kat kedai-kedai yang jual ubat herba atau jamu. bedak ni ada gak dijual dalam peket. satu peket RM0.40 jek. murahkan? aku pernah pakai bedak ni. aku pakai bedak ni masa zaman sekolah dulu. time sekolah kan waktu tu peluh senang kluar. badan pun mudah berbau. jadi aku guna bedak ni. SANGAT MUJARAB.


    ni je gambar yang ado....
    agak kelabu sket. 
    tapi memang botol dia cam neyh.
    Selamat Mencuba!

    p/s: tapi kalau selepas da mencuba petua-petua ni tak jalan jugak...maknanya korang kene ubah PEMAKANAN korang. kekadang cara pemakanan tak betol pun leh menyebabkan punca badan atau ketiak berbau. Sekian.

    Dagang Tubuh RM10!

    Apa nak jadi budak-budak sekolah zaman sekarang ni! Giler apa??? aku tau pasal topic ni biler aku baca METRO! demmit btolla budak-budak ni. Kalau benda camni nak salahkan sape? mak bapak jugak ke? atau sebab faktor kemiskinan. benda ni berlaku kat KOTA KINABALU, SABAH. Kalau kat KL ni, aku rasa bersepah kot. Dunia ni memang da nak KIAMAT da....dunia ni pun da tua dan da tak mampu keazaban yang dilakukan oleh MANUSIA.

    Cerita beliau (si gadis penjual tubuh):
    KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.
    Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

    “Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya. Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

    “Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

    “Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

    “Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

    “Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

    Kalau faktor kemiskinan yang menjadi punca, itu bukan alasan yang utuh untuk dijadikan sebagai alasan mau JUAL body! banyak KERJA lain ada yang boleh dijadikan punca mencari rezeki. Tapi kalau diikutkan apa yang diceritakan gadis tersebut, beliau menjual BODY nya semata-mata untuk menyarung baju berjenama dan membeli alat tulis yang lengkap. aiyoooo!sayang....bersederhanalah dalam kehidupan.itu yang terbaik.kenapa perlu bermewah-mewah.haiihhh...

    Tolongla dan aku merayu pada gadis-gadis diluar sana! Jagala adab dan tata tertib kita sebagai MUSLIMAH. Berpakaian dan berperangaila sebagai MUSLIMAH. Ubah diri kita. Ubah wajah kita. Ubah cara hidup kita. Ubah kepada kehidupan yang lebih baik dan lebih Islamic. InsyaAllah, kita akan mendapat hikmah dan nikmatnya.

    Kalau kita tak ubah diri kita, takde sape nak ubahkan. Allah hanya boleh tunjuk jalan untuk berubah. Tapi kalau diri sendiri masih berdegil...takde maknenye weyh! Salam.

    p/s: emo aku biler baca berita cam neyh! demmit!