OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, August 24, 2011

IFTAR family and friends

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hari Jumaat minggu lepas kan aku ada citer aku nak buat Ayam Penyet kan? Memang aku ada buat. Tapi gambo takde. . . .sebab memang tak sempat amek gambo Nasi Ayam Penyet tersebut. Cuma sempat amek juadah berbuka yang lelain je. Saper yang ada? Family aku, Cuzzies aku dan Encik Awi nyer rakan-rakan. Adala dalam 20 orang yang berbuka malam tu. Ramaikan?

Gambar pun cam tak semenggah jek. . . .Hu Hu Hu






Macam-macam ada. . . .gara-gara kengkawan Encik Awi yang bermurah hati membeli juadah. Penoh meja! Ada roti john, murtabak, satay, otak-otak, popia, kuih tepung pelita, agar-agar, buah melaka dan juadah dari umah pula Nasi Ayam Penyet, Pecal, Salad Telor & Udang Oat.

Alhamdulillah, semua juadah settle di bedal oleh Sang Bedal yang ada dalam umah tu. Seronok jugak dapat berbuka ramai-ramai kat umah. Cuma yang takde Encik Fathull dan Encik Husni.

Meh sini aku sharekan resipi Nasi Ayam Penyet, aku punye style. Kalau dah aku punya style, maka memang tak sama la dengan resipi original. Hahahahaha. . . . .

Bahan-bahan Nasi.

3 cawan beras (cuci)
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
1 biji kiub ayam
4 cawan stok ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
garam

Cara-cara menyediakan Nasi.

Panaskan marjerin dan minyak. Tumis sampai naik bau hirisan bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. Masukkan beras (tanpa air) gaul sebentar. Masukkan stok ayam, kiub ayam dan garam. Gaul. Siap!

* Resipi nasi ni bukan untuk 20 orang makan yea. Ini untuk 5-6 orang makan saje.

* Satu cawan nasi aku sama dengan satu tin nasi (tin susu). . .Hehehehe

Bahan-bahan Ayam Penyet

1 ekor ayam (direbus dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk)
1 sudu besar kunyit
1 sudu besar rempah kari
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar herba campuran (ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang di blend halus)
 Garam
Sedikit air

Cara-cara Menyediakan Ayam Penyet

Ayam dipotong 12 atau sukati koranglah nak potong berapa pon. Rebus. Toskan.
Kemudian perap ayam tersebut dengan bahan-bahan kering. Nak lagi sedap perap semalaman.
Selepas dah perap dalam 4-5 jam, korang goreng ayam tersebut.
Lepas da goreng. Toskan minyak. Pastu korang ketukla ayam tu sampai penyet!
Tu pasalla jadi ayam penyet. . . .Hehehehe

Bahan-bahan untuk Pecal

1 ikat pucuk ubi
1 ikat kangkung
1 ikat kacang panjang
2 keping tempe
5 keping tauhu
tauge
kuah kacang pecal instant

Cara-cara menyediakan pecal

Korang celur je semua sayur mayur yang ada kecuali tauge. Tempe dan tauhu sila goreng yea. Giler ke apa nak celur jugak! Kuah kacang pecal instant ni korang boleh cari kat pasar-pasar basah kot. Aku dapat pun dari mak mertua aku. Dia buatkan. . . .Hehehehe

Dah siap!

Bahan-bahan Salad Telor

3 biji telor (direbus dan dipotong nipis)
3 biji tomato (dipotong nipis)
1 biji timun (dipotong nipis)
Daun Salad
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tomato
Garam
Gula
Sedikit Air Suam

Cara-cara menyediakan Salad Telor

Korang susun telor dan sayur secara berselang seli. Daun Salad tu kalau takmo letak pun boleh. Sos tu pulak, ko campur semua dalam satu mangkuk. Kacau sampai sebati. Pastu korang curahkan je atas telor yang ko dah susun cantek-cantek tu. Siap!

Bahan-bahan Udang Oat

1 kg udang (dibersihkan)
2-3 tangkai daun kari
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 sudu besar butter
2 peket Nesvita Oat/ Nestum

Cara-cara menyediakan Udang Oat

Mula-mula korang goreng udang sampai garing. Goreng dengan minyak yang panas dan banyak. Udang tu sila gaul dengan garam dulu yea. . . .Angkat dan toskan udang tersebut.
Pastu buang minyak bekas goreng udang tu. Kalau nak simpan pun boleh, sebab korang boleh gunakan minyak tu untuk goreng mee ke, bihun ke atau kuewtiau.
Panaskan butter dengan api sederhana. Makesure jangan hangus butter tu yea! Masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau. Goreng sampai naik bau. Masukkan udang dan gaul sebati. Tutup api. Pastu baru masukkan oat/ nestum. Siap!

Mudahkan? Senangkan? Petik jari je kan nak masak? Confirm korang boleh follow punya aku nyer resipi. Campaks-campaks je. Selamat Mencuba!

p/s: penat lah tangan aku taip panjang-panjang!


ADIOS!

1 comment:

  1. Bestnye nasik ayam penyet..favorite abg nadzri ni...aritu ade google resepi die tp xsempat lg nak buat...nnt nak tryla buat resepi Ila ni...hehehee

    ReplyDelete