OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, December 3, 2010

Sekolah Rendah

Aku sekolah rendah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat 1. Aku sekolah kat situ dari tahun 1990 sampai la tahun 1995. Aku diletakkan kat kelas 1 Melur. Kelas No.2. Aku ingat lagi nama cikgu kelas aku Puan Musalmah.Pergghhh!aku bagitau korang memang cikgu tu garang giler. Aku pernah kene pulas perut sebab salah wat kerje rumah.Darjah satu pe de hal...sah2 la kurang kefahaman..leh plak cikgu t pulas perut aku. Tapi masa tu takde pun aku nak kecoh nak saman cikgu tu. Pastu takde pun umi ngan abah aku nak datang skola nak 'sound' cikgu tu.

Tu yang aku pelik pasal bebudak sekarang and mak pak sekarang...biasala anak kene pukul kat sekolah. Sah2la anak korang yang problem. Papehal pun siasat dulu bukan terus serang melulu atau saman menyaman.haih! =___=

Darjah Dua aku still lagi dalam kelas Melur. Nama cikgu aku Puan Norehan. Aku tak sure dia ada kat mana sekarang ni. harap2 dia sihat sejahtera hendaknya. Puan Norehan nila yang ajar aku supaya hafal sifir. Mana taknya sebelum balik semua budak kene baca sifir ramai-ramai. Cikgu sekolah sekarang ada wat camtu tak? aku kat skola bukanla seorang yang popular. Jadi kehidupan sekolah aku biase-biase saje and takdela segah mana pun...Darjah 3 aku masuk kelas 3 Melur. Nama cikgu aku Puan Aminah. Dia dah pencen rasa nya sekarang ni...Aku macam pernah nampak kelibat dia kat kawasan Keramat neyh.Dulu cikgu Aminah ni tinggal kat AU5C. La ni tak tau la cheq dia tinggal kat mana...huhuhuhu. Budak sebaya aku yang kaki mengejek ni suka panggil aku Opah..siot jek! Ntah macam mana diorang leh terpikir nak panggil aku ngan nama tu pun aku tak tau.

Darjah 4 plak aku masuk kelas pertama. Empat Seroja. Nama cikgu kelas aku Puan Nor Khairani. Cikgu ni dulu tinggal kat AU3. Cikgu ni dalam kategori cantik. Dia seorang yang kidal. Aku suka tulisan dia. Sangat kemas hokey! aku tak tipu beb! Masuk darjah empat aku cam malas sket...kenapa ntah. Kerja rumah kadang ada masa aku buat. Kadang tu aku lupa. Kadang tu aku lupa bawak buku. Atuk aku la yang hantar buku tu kat skolah. Terima Kasih Tok Ayah.hehehehe~Darjah 5...aku lupa cikgu kelas aku sape...serius dowh aku tak hingat...nape erk?hmmm....xpela abaikan takde perkara penting pun masa darjah 5. Aku rasa la.

Darjah 6.Enam Seroja. Untuk dua hingga tiga bulan yang awal. Pastu cikgu kelas aku tukar cikgu lain. Mula-mula cikgu kelas aku Puan Musalmah. Perrrgghhh! jumpa dia balik. Masa tu masih lagi rasa gerun giler. Dia selalu puji anak dia pandai. Memang anak dia pandai pun....Juliana Idora. Muka chinese look. She is a sweet girl. Left handed. Ada tahi lalat kat atas mata kiri dia kot...aku pun tak hingat ntah btol ntah tidak. Korang bayangkan hari-hari kene buat dictionary sendiri. Start dari huruf A sampai huruf Z. Tak menahan. Tapi sampai la ni aku tak gak terer English. Mana taknya dulu buat tak ikhlas. Hahahahaha! Satu pe'el cikgu ni masa tu, dia tak pilih pun sape ketua kelas and penolong kelas. Hari-hari tukar orang. Maksud aku gilir-gilir jadi ketua kelas and penolong. Jadi semua orang merasa jadi ketua kelas and penolong ketua kelas. Hahahaha...lawak giler.cam takde sistem jek.
Ada satu hari tu cikgu Musalmah ni buatla Ujian Bahasa Inggeris. Hamek ko...ramai yang failed. Pe lagi jalan itik dari hujung corridor ke hujung corridor lagi satu. Sakit kot kaki. Akula antara yang jadi itik tu. Hahahaha! Korang mesti nak tau kenapa aku bertukar cikgu kan? Sah2 la cikgu Musalmah tu kene tukar sekolah. Tapi bukan sebab dia dera kitorang jalan itik tu...aku pun tak tau apa sebab. Hehehehe.Lepas Puan Musalmah, kitorang dapat cikgu lelaki. Nama cikgu tu cikgu Zikri. Hensem (jelir lidah)
Okey gakla cikgu Zikri ni...xdela garang sangat.
Tu je la citer aku pasal skolah rendah....pasni nak sambung citer skola menengah plak!




ni la badge skola rendah aku....(^^,)