OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, December 22, 2010

Ma Kids vs Ubat

Aku tension biler nak bagi ubat kat budak dua orang neyh....geram okeyh...tahap kesabaran kene tinggi...nak tau kenapa?

Mereka berdua sangat-sangat leceh untuk makan ubat. kalau nak bagi makan ubat tu aku ngan diorang macam nak berperang jek. haaaiihhh~

Korang nyer anak-anak camner erk?

Kalau aku nak bagi ubat kat cik bebet...perrggghhh! beliau akan berlari-larian keliling meja sebab xmo makan ubat. Biler da dapat tangkap...menggeliat plus melalak bagai sebab kene makan ubat. payah nye....(=___=)

Kalau cik bobot plak...dia lagi hebat dari cik bebet....syringe blom masuk mulut lagik lidah da kuar....haaaiiihhh (@@,)

Korang ada petua tak? Cara senang nak bagi anak-anak makan ubat...bukan setakat ubat je liat. Nak bagi makan Scout Emulsion pun payah....camner neyh???





VS.

gambar hiasan