OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, December 24, 2010

2010 Review

Nothing to story today and I think we can talk about what happen through this years. Almost one week left to end this year.So much memories left through out this years. Today, I want to review all those memories in this blog. I will started with January and end with December. Of course la start with January and end with December. Hahahahaha....

January, 2010.

Bulan pertama dalam tahun 2010. Kita manusia ingatkan takde apa2 akan berlaku. Tapi apa yang akan berlaku adalah didalam pengetahuan Allah. Aku macam biasa g keje balik keje.

18hb (Isnin) - Aku ngan Encik Usben demam. Pada mulanya Cik Bebet demam hari sabtu ngan ahad tu. Hari Isnin tu dia okey tapi kitorang yang demam. Mula aku ingat Encik Usben memain tapi biler aku rasa badan dia giler panas. Terus aku cakap ngan Umi aku, yang kitorang nak g klinik. jadi terpaksalah Umi aku cuti aritu sebab nak haga Cik Bebet. Dah g klinik, dah amek ubat. Balik umah kitorang makan ubat. Tapi aku tak bley nak lelap sebab risau kat Encik Usben nyer demam. Jadi aku pun menggagahkan diri dan melawan demam dengan sekuat hati. Lagipun aku tak sampai hati nak biarkan Umi jaga Cik Bebet sengsorang. 

19hb (Selasa) - Esoknya aku ingat Encik Usben nyer demam da okey...sebab aku nyer demam da okey. Tapi tak okey lagi. Aku sangat pelik sebab selalunya Encik Usben selalu demam sehari jek. Dah la suhu badan dia tak turun2. Sangat risau okey. Dahla Encik Usben tak selera nak makan. Minum plak nak minum air ais jek. Haiihhh..(=___=).....Malam tu aku cakap ngan abah nak bawak Encik Usben g ospital sebab panas dia tak turun2. Aku xmo amek risiko okey. Aku nak dia idup lama sbb aku sayang dia. Tapi kalau waktu itu memang takdir dia pergi tinggalkan aku...Aku redha Ya Allah. Sambung citer balik...aku sampai ospital kul 8malam. Encik Usben masuk g jumpa doc. nak tau kul baper aku balik? Kul 1 pagi okey. biler kuar ospital je...Encik Usben kata dia cam da okey sket. Doc kata dia kene batu karang. Mungkin sebab kene batu karang tu yang dia demam (tak pernah plak aku dengar, orang kene batu karang demam). Jadi dia nak g keje sok nyer. Aku tak dapat nak g keje sebab aku nyer demam datang balik.

20hb (Rabu) - Aku nye demam dah okey jadi ingat ari khamis leh la g keje. Sebenarnya tidak. Encik Usben demam semula...aku bawak dia g ospital semula. baru doc dapat detect. Encik Usben suspect denggi. Bukan kene batu karang okey! Apa punya doc la....nak marah ni! Malam tu Encik Usben kene masuk air sebotol.
Pastu balik umah n esok nya g lagi ospital.
21hb (Khamis) - Kene g ospital lagik. Masa tu memang ramai giler yang kene denggi cam musim plak. Masa tu aku ngan Encik Usben ditinggalkan kat ospital. Dia kene masuk air dekat 2 botol kot. Aku pun da x ingat... Lamanyer tunggu dia...setia menanti. Aku makan lunch pun sorang2 kat McD depan ospital Ampang tu. Bosan nyer makan sengsorang. Cepatla baik Encik Usben. Boleh temankan saye makan McD. Hehehehe....

22hb (Jumaat) - Aku g lagi ospital ngan encik Usben. Tapi kali ni aku tinggalkan dia kat ospital sengsorang. Aku macam tak larat nak tunggu dia kat ospital. Sebab da tak larat nak bau ospital n tengok orang-orang yang sakit kat ospital neyh...Kalau tunggu pun mau dekat 4-5 jam. Jadi aku tinggalkan dia...biler dia da suda, dia call aku. Aku amek (bukan aku yang drive, adik aku yang drive). Aku tak reti drive & takde lesen. hak hak hak. Inilah hari terakhir aku g ospital tu...sebab laki aku nyer demam da okey...lega ati aku.
Syukur padaMu Ya Allah....Alhamdulillah.

tu jela kejadian di bulan January....tamatla suda kisah bulan January.....

February, 2010.

Bulan special neyh sebab dalam bulan ni bezday aku ngan Encik Usben. Yahoooo! Pastu aku dapat tau yang aku preggy lagik...walaweyh! Aku buat surprise small party untuk Encik Usben dengan pertolongan Umi and my cousin...party nye menjadik tapi aku tengok Encik Usben cam kurang happy. Sebab dia ada masalah lagi besar masa tu. Aku tak leh nak ceritakan masalah nyer disini. Biarla Rahsia. Tapi aku harap dia happy ngan surprise yang aku buat utk dia.....cam "mintak puji" plak aku neyh!

Jangan tanya bezday aku macam mana....aku dapat kad dari Encik Usben. tu je....takpe sekurang kurang nyer dia ingat...hehehehe~

Sebab aku simpati pada isteri2 yang Encik Usben mereka telah lupa bezday diorang....cian pada mereka semua..haaaiiihhhh!

March, 2010.

Takde apa-apa yang berlaku dalam bulan neyh dalam family aku. Alhamdulillah. Semuanya okey. Cuma ada la kawan aku kawen. Aku g and aku tak berapa setuju ngan konsep pelamin dia sebab dia guna kerusi tinggi tu dalam umah....kerusi tinggi tu cantek pabila siling umah tinggi n kawasan dalam umah luas....cian kamooo. Maaf yea saye kutuk kamu nyer konsep. Kaler yang kamu gunakan untuk khemah tetamu tak bagus. Kenapa kamu guna warna itam? Bagi saya warna itam tak cukup menarik untuk sebuah perkahwinan. Perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan..jadi kamu patut gunakan warna yang ceria....Nasihat untuk kamu, sahabat ku...Jangan kamu buat sebegini pada anak kamu yea!

April, 2010.

Bulan ni one of my best fren kawen...tak sangka selepas pemergian aku ke rumah beliau. Cik Bebet kene demam panas dan menyebabkan beliau kene sawan tarik. Dan telah menyebabkan beliau dan saye tdo kat ospital semalaman....Inila satu perkara yang paling aku SESAL kan...aku tak bagi ubat demam kat Cik Bebet biler aku tau dia demam....aku cuma basahkan kepala dia jek...
To all moms out there if your son or daughter demam...please do give them paracetamol cepat2. Jangan tangguh2kan....
Bayangkan...doc kat sana cucuk tangan anak anda. Amek darah bagai. Buat ujian air kencing la...hati aku sangat tak tahan biler dengar dia nangis...meruntun kalbu~
Consequence dari kes ini...my daughter sangat2 takut dengan doc!

May, 2010.

Aku ngan family ada family vacation. Kami semua g Kelantan. Dapatla aku g Wakaf Che Yeh and Pasar Siti Khadijah...pasni tak tau lagi biler nak g saner...sangat penat la travelling g sana. Lapan jam weyh kat dalam kete....pasni kalau nak naik kapal terbang leh x? heheheh.....jangan berangan la chepah ooiiii~
The best thing in this beautiful month is....on 10th is my daughter nyer birthday...hahahahah.. Aku belikan dia ice cream cake. pastu aku masakkan dia mushroom soup. cruitton. Makaroni goreng. Jadi aku tak yah la belikan dia adiah....hehehehe...ibu ngelat!
Encik Usben belikan dia laptop kaler biru. Umi and Abah aku belikan dia album gambar yang dah dilekatkan gambar Cik Bebet. Adik aku bagi dia dua pasang baju. Thanks korang sumer!
Pastu on the next week plak, Cik Bebet menyambut bezday dia lagi skali kat umah Banting. Fully sponsored by her Atuk...Aku da belikan kek Barney untuk Cik Bebet. So, my money finish already because i'm giving herr dua bijik bezday kek and gift untuk Cik Bebet bagi kat skola dier...Next year, kita cuba buat yang terbaik lagi ye...InsyaAllah~

June, 2010.

Nothing happen in this month...My activities same as always. House - Office. Sometimes Clinic went to check up for my baby in my belly.

July, 2010.

Nothing happen in this month also...My activities same as always. House - Office. Sometimes Clinic went to check up for my baby in my belly.

August, 2010.


Ramadhan is coming in this month. Aku harap aku leh posa penuh tahun ni...tapi sayang, di atas sebab kesihatan, aku tak dapat nak posa penuh. Ini disebabkan aku nyer kepekatan darah kurang...jika darah tak pekat, risiko waktu bersalin amat tidak bagus. Kemungkinan aku leh tumpah darah waktu bersalin....dan disebabkan itu aku posa selang sehari atau selang dua hari. Aku sangat sedey waktu tersebut....nasib baik ada sahabat yang bagitau apa yang patut aku buat biler jadi camtu.....dia soh aku minum air susu stoberi. Thanks my dear fwen Adri Suzila. Thank you so much. My hubby? don't ask! -i'm hurt-

September, 2010.

My due date is on 5th. But the baby tak nak kluar on 5th. Tapi aku da rasa sakit sket on 3rd. jadi aku da stat cuti bersalin on 3rd. Korang nak tau biler baby tu kuar? On 10th. Iaitu 1 Syawal. Nak jadi anak raye rupanya baby neyh! Aku selamat melahirkan dia kul 1.24 pagi. Dia seberat 2.9kg. Alhamdulillah. Ku panjat seribu kesyukuran padaMu Ya Allah. Telah lahir satu lagi umat Muhammad di muka bumi-Mu. Waktu aku tengah sakit nak bersalin kat ospital, rupa2nya anak aku Cik Bebet kat umah tengah menangis setangis-tangisnya....Tapi biler Encik Usben aku tepon bgtau aku da selamat bersalin. Barula Cik Bebet berhenti menangis. Apakah? Sangat pilu hati seorang ibu pabila mendengar cerita tersebut. Sayu nya...tak dapat aku nak pujuk Cik Bebet biler dia nanges....sayu sangat~
Korang nak tau sesuatu tak? Orang pantang kan mana leh makan sembarangan kan? Aku pedulik apa masa kat ospital je la aku wat bende neyh....Caterer ospital sediakan breakfast lontong. Aku makan. Tengahari plak diorg bagi Nasi Minyak ngan Ayam Masak Merah....Aku bedal!...HAhahahahaha
Tapi adala satu ibu ni, dia dok depan katil aku. Dia sanggup tak makan semata2 nak ikut pantang...jadi dia tak makan apa yang caterer tu bagi...korang jangan ikut! Kat ospital ko makan je la apa yang ado...korang nak kene ada tenaga. Pastu nak bagi susu lagi kat anak. Kalau kat umah, korang nak berpantang...pantang la sayang oooiii~
Nama anak aku Nursakinah Zaharah....sedap tak?

October, 2010.

Aku cuti bersalin....dok umah layan Commonwealth Games ngan adik aku. Penat kot asyik tengok games ni jek. Pantang dia bangun je kene layang Games. Arggghhhhh!!!!tensi tau!

Aku berpantang 44 hari as usual. Cam orang lain aku pantang pakai bengkung, berurut and makan jamu. Mau cantik mestila kene pantang betol2 maaa......! Jangan ngelat. Nanti biler da tua sendiri nyer badan yang sakit. Dia tak sakit waktu sekarang deq nun oiiii...nnt biler dah berumur 40 tahun keatas macam2 penyakit datang. Sengal sana sengal sini. Sakit sana sakit sini. Tak caya? Aku da ada contoh orang yang ngelat pantang ngan orang yang ikut pantang....Nak tau sape? tak yah aku citer, tak penting pown.

Da abes aku pantang 44 hari, aku sambung plak pantang 100 days no ice drink. benda ni elok. kita kan BF jadi elokla kurangkan minum minuman berais. Orang pompuan bukan elok pun minum minuman berais neyh...nnt sengal2 tulang. badan bisa2. bukan sekarang. tapi biler da umur 40 tahun keatas! Aku tak tipu!

Mesti korang tak caya kan? aku yang gila2 & budak bandar ni pun sanggup ikut pantang betol2. Badan nak pakai lama bukannyer sekejap. Pastu nak serve husband lagik. Dengan anak lagik. Kepada bakal ibu jangan ngelat ketika berpantang!

November, 2010.

Aku stat keje balik....Mula lah kehidupan aku cam biase semula. Office - Umah - Encik Usben - Anak2. Dua da anak aku? hahahahaha...cam xcaya jek. cuma bezanya kali ni aku kat opis aku kene pam susu untuk Cik Bobot.

December, 2010.

Hidupku berterusan seperti biase....Cam takde yang special je dalam bulan ni....huhuhuhu.

Tamat suda kisah ku untuk tahun 2010....jumpa 2011 plak yea...sayang slalu (^^,)v
Thanks sebab korang rajin betol baca citer aku untuk 12 bulan ni....hehehehe.