OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, December 20, 2010

Makaroni Goreng (Fried Macaroni)


tak sempat nak update semalam...disebabkan terlalu bz dengan encik usben,cik bebet n cik bobot....haaiihh~
ni launch semalam makan makaroni goreng je...meh ni nak ajar camner nak buat...

Bahan-bahan :

1 bungkus makaroni (ikut sukala nak beli yg bentuk camner pown)-direbus
1/2 tube daging kisar Ramlee / daging ayam pun boley
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji capsicum (potong cam lidi-1 inci)
1 biji lobak merah (potong cam lidi- 1 inci)
3 batang daun saderi (potong serong)
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu lada hitam
1/2 sudu herba campuran
garam secukup rasa...

Cara-cara :

Tumis bawang besar bersama dengan daging kisar sampai bawang tu kekuningan. Pastu masukkan sayur-sayuran & sos tiram. Gaul sebati. Kecilkan api. Masukkan makaroni.Gaul sebati lagi. Pastu baru masukkan garam,lada hitam dan herba campuran...tutup api.

Selamat Mencuba (^^,)v