OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng in da house!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. At last filem yang hampir-hampir dipenuhi dengan kontroversi dari segi agama Islam da sampai kat umah aku. Hmmmm. . . .memang banyak penggunaan dan pendekatan agama.

Tapi pada pendapat aku la, ianya hanya sedikit ilmu untuk disampaikan dimana kita dapat lihat mat-mat rempit pun masih lagi ada agama. Walaupun hidup mereka seakan-akan hampir tunggang langgang. Cuma mungkin ada sesetengah dialog macam mengucap tu kene ucap betol-betol kot. . . .sebab maksud harus betol. Atau mungkin pendengaran aku kurang jelas.

Citer ni lawak jugaklah. Nak kata lawak giler, takdelah. Tapi ianya pendapat masing-masing. Ada yang kata citer ni sangat lawak. Dan ada yang kata citer ni mild - mild je lawak dia. Ada yang kat tak best langsung. Jadi aku kat tengah-tengah kot. Yang ala - ala mild tu. Aci tak?




Citer ni pasal Amran (Zizan) si mat rempit dan berkawan dengan Kunyit (Taiyuddin). Diorang ni Mat Rempit berjaye kat KL. Berjaya lah sangat. Biasalah dah merempit habuan dia mestilah Si Jelita. Tak sempat si Amran ni nak 'rasa' Maya (Juliana Evans) dah eksiden kene langgar lori.  Jadi hantu tu lah yang dok kacau si Amran!.

Halimaton (Jue Aziz) pulak girlfren si Amran. Nurse. Maka, disebabkan Amran ni asyik kene kacau dengan hantu Maya tu. . . .si Amran ni mintak pertolongan Kunyit ngan Halimaton supaya dapat settlekan problem dia. Jadi, terjumpalah dengan kembar si Maya. Namanye Ayu (Juliana Evans).

Rupa-rupanya, Ayu ni yang memang sengaje nak kene kan kakak dia. Hampeh punya adik. Dia yang punya angkara jadikan kakak sebagai habuan race. Chulalongkorn betol!. Patutnye kakak dia pegi menghantui si Ayu tu bukannye Amran. Derrgghhh!. Elok plak si Ayu tu bagi Amran makan nasi kangkanag! Chanteq! Macam - macam isu dalam citer Hantu Bonceng nih.

Bagus betol hasil garapan Ahmad Idham. Nice topic!. Nice actor!

Apa ending dier? Sah-sah la diorang dapat settlekan problem tu. Amran dengan Kunyit da tak rempit. Diorang keje dengan sebaik mungkin. Ye kot. . . . .

Kan aku kata citer dia ala - ala mild je kan? So, its up to you lah nak tengok ke tak. . . . .Hehehehe

p/s: harus sokong citer Malaysia, kalau kita tak sokong, saper nak sokong?


ADIOS!