OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, September 29, 2011

Lempeng?

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Dah lama kot aku tak kongsi resepi. Begitu jugak dengan petua kan? petua aku dah suam-suam kuku. Takpe nanti aku searching lagi petua yea. Tapi arini aku nak kongsi resepi Lempeng yang menjadi sarapan kegemaran family di kala hujung minggu.

Lempeng dan Sambal Sardin.

Ye la lempeng dan sambal sardin. Pernah dengar tak? Sedap!

Ini resepi dia. . . . .

Bahan-bahan Lempeng.

Air garam (garam campur air suam)
500 gm tepung
2 sudu besar marjerin

Cara-cara.

Gaulkan tepung dan marjerin sampai jadi macam ibu roti tu. . . .Pastu masukkan air garam dan uli sampai jadi doh. Maka air tersebut korang agak-agak lah sendiri. Kalau dah terlembik tu. . .tambah la tepong lagi.

Kemudian, buatkan doh-doh kecil. Pandai-pandai korang la nak buat besar mana. Pastu canai. Lepas canai, korang masak atas kuali leper. Ada kuali leper tak? Kalau takde guna kuali yang stainless steel tu pun boleh.

Siap.

Bahan-bahan sambal sardin

1 tin sardin
1 pek cili boh
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
garam
gula

Cara-cara.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili boh sampai garing dan naik bau. Masukkan garam dan bawang dan gula. Kacau. Masukkan sardin dan kacau sampai mendidih. Kalau nak kuah lebey, tambahla air.

Siap.

Apa yang jadi?

Mari lihat contoh gambar di bawah. . . . .Hehehehe









p/s: sedap dimakan waktu panas-panas...da sojuk kurang sedaps. Hehehehe


ADIOS!