OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, February 14, 2014

Bahaya Kencing Kotor bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku nak share tentang kencing kotor dikalangan ibu-ibu mengandung. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini adalah ibu-ibu mengandung dan wanita. Tapi, mengapakah???

Ok, secara amnya orang perempuan mudah mengalami kencing kotor kerana saluran kencing mereka lebih pendek dari lelaki. Maka, bagi wanita mengandung pulak disebabkan oleh perubahan hormon dan juga disebabkan oleh tumbesaran rahim yang menyekat pengaliran air kencing.

Apabila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan otot tersebut tak dapat mengeluarkan kesemua air kencing yang tersimpan. Maka, air kencing yang tersimpan telah mengumpul kuman. Dan kuman tersebut mudah membiak kerana air kencing wanita hamil punyai lebih banyak asid berbanding wanita biasa.

Untuk perhatian korang jugak!... if ibu mengandung punya  masalah kencing kotor, bayi juga mungkin akan terlibat sama dimana akan mengalami kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan awal akan mengalami berat badan yang rendah.

Dah faham apa yang aku jelaskan kat atas?

Masih kurang faham... if korang ada masa sila singgah di blog Dr. Zubaidi. Kat dalam tu ada penerangan yang jelas tentang Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil.

Untuk mengelakkan kencing kotor, ibu-ibu hamil TOLONGLAH minum air dengan sebanyaknya. Busuk-busuk pun 6-8 gelas sehari. Nak hebat minum 3 liter sehari as we supposed to drink. Lagipun ibu-ibu mengandung memang perlukan air yang lebih sebab nak cover air ketuban lagi. Dengan nak cover air dalam badan lagi.

Korang nak dehydrated ke? Lagi parah! Hadoi la....TOLONGLAH minum air dengan banyak. Kasihani diri anda dan bayi anda.

JANGAN sekali-kali tahan kencing. Apabila kita tahan kencing, peratus untuk kuman membiak adalah tinggi. Jadi janganlah tambahkan lagi risiko yang ada. Dah rasa nak kencing tu, pergi je la kencing unless tandas takde yang berdekatan atau tandas ada yang berdekatan tapi kurang bersih. Hehehehe

Lagi satu...kalau panties sempit dan sendat janganlah pakai. Beli la baru yang longgar sket supaya vagina korang boleh bernafas. Kesian Cik Puan V kamu tu...lemas. Hihihihi

Ok. Sudah faham.

Tak faham singgah le kat Blog Dr. Zubaidi. Tanya dia apa yang korang rasa nak tanya pasal kencing kotor. Tu kat atas tu...aku ada bagi link. Sila-sila lah click dan baca.

Assalamualaikum.