OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, April 1, 2013

nak dengar kata Dia atau dengar kata dia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak faham dan aku cuba fahamkan. Namun, semuanya back to the square root! Yup. Back to the square root.

Bukan satu tapi dah macam banyak pulak kes macam ni keluar. Korang ingat benda tu boleh buat main-main ke? Aku as a peminat hasil mutu lakonan actor dan actress Malaysia, korang tak sepatutnya buat macam ni. Even korang laki bini pun benda macam ni pun tak sepatutnya ditunjukkan di khalayak ramai.

Kita ni orang Melayu yang dipenuhi dengan adab sopan dan santun. Apakah kegilaan korang-korang melakukan babak tersebut? Dimanakah letaknya norma masyarakat disitu? Aku tak nampak!

Aku rasa makin lama makin melampau! Ya, melampaui batas sebagai orang Islam dan Melayu!.


Filem Mencari Cinta...apa ini? Perlukah babak ini? Aku kecewa!

Seterusnya...


Apa ini?

Banyak cara lain nak tunjukkan seni artistik suami isteri. Aku kecewa dan hampa!

Sebelum ni adegan Aaron Aziz dan Maya Karin dalam filem Ombak Rindu.

Aku sedih. Orang Islam membuat aksi sebegini. Alasan si pelakon mengatakan itu kehendak Pengarah. Alasan demi alasan tercipta. Terbaek!. Sedangkan kamu juga punya hak untuk mengatakan TIDAK untuk scene tersebut.

Sedih. Sedih. Sedih.

Apakah korang sudah lupakan Dia dan sudah kehilangan kepatuhan kepada Dia. Dan kamu terus mematuhi arahan dia yang juga manusia dan kamu mungkin lebih suka mendengar kata dan arahan dia instead of mendengar kata dan arahan Dia. Sedangkan Dia yang diatas sedang menonton dan melihat perbuatan kamu kamu kamu itu.

Ok. Bai-