OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, April 9, 2013

Jom Collect Pahala

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.



Itu pasalla aku suka buat sendiri walaupun aku tau Encik Usben leh buat. Tapi memandangkan diri ini sedang meniti hari dan menunggu hari makanya aku pass batton kat Encik Usben. Saya pass kat awaklah pulak pahala yang selalu saya dapat.

Ngeh ngeh ngeh...

Kenapa aku post benda ni. Sebab ada di kalangan orang yang aku kenali dan tidak ku kenali amat berat untuk lakukan ini. Apatah lagi kalau encik suami mereka boleh melakukannya. Rugi dowh! Korang memang orang yang merugikan. Allah dah bagi peluang kat korang collect pahala lebih sket selain patuh ajaran Allah dan suami.

Nak pahala lebih lagi? Sebelum korang sikat rambut anak korang tu...korang baca Bismillah. As per told before, kan lebih elok apa-apa yang kita lakukan dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Kan?

Kalau boleh tu janganlah bagi alasan tangan kebaslah tak leh nak basuh berak anak...basuh berak anak pun dapat pahala tau. Tak nak pahala ke? Tak pun alasan takmo sikat rambut anak...bukannya tak nak sikat rambut diorang tapi diorang tak reti duduk diam-diam. Haip! kita ajar dan didik mereka apa itu disiplin!

Bukan perli cuma mengingatkan. Aku kongsi ilmu. Aku nak jugak korang dapat pahala seperti mana yang aku dapat dan juga ibu-ibu lain dapat. Tapi kalau korang tak nak, aku nak buat macam mana....aku cuma berdoa supaya dibukakan lah hati korang.

Lalalalala....

Okaylah...penat menaip. Elleh baru taip seperenggan dua dah penat. Dem yuh!

Ok. Bai-