OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, April 9, 2013

Bukan Berkira Tapi Rasa Macam Nak Marah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru je lepas dengar pasal tandas kat Hot FM. Bila Hot FM buat iklan pasal kebersihan tandas. Aku teringat baru-baru ni aku singgah toilet kat Bangunan Campbell.

Aku tau la bangunan tu dah lama...tapi bila pergi toilet yang berbayar RM0.30 SEPATUTnya BERSIH!

Diulangi BERSIH.

Tapi sayang...bayangan dan harapan aku tinggal abu je. Dengan lantai lecah...tandas tak boleh pam. Ada sedikit saki baki poo poo kat lantai!

ARRGGGGHHHHHHHH!

Dahla charge RM0.30 untuk seorang masuk. Kalau dua orang dah RM0.60. Kalau aku tak masuk, macamana anak aku nak peepees!

Menyesal!

Terbantut segalanya!

Benci la weyh!

Okay, sabar....ini boleh dijadikan pengajaran. JANGAN pergi lagi tandas kat Bangunan Campbell. Lepas tu singgah SEMUA HOUSE, Alhamdulillah. Tandas bersih. Puas hati kene bayar RM0.30 pun....

Tolonglah.....kepada semua pemilik bangunan atau management bangunan. Kalau ye pun nak mintak bayaran atas kos pembersihan tandas, tolong lah check tandas tu berbaloi atau tidak untuk diberi bayaran.

Menanges weyh kalau bayar tapi tandas berbau...lantai berair...licin...tandas tak berfungsi...

Macamana la orang luar tak kata yang Malaysia antara negara yang punya tandas paling 'bersih'

=__=

Ok. Bai-

p/s: takmo letak gambor tandas kang ada yang tengah makan baca belog aku tak lalu makan pulak.