OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, April 11, 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTA PENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Berita tergempar yang sangat menggemparkan buat penduduk sekitar wilayah Gombak dan Kuala Lumpur. Mengapakah sebegitu besar kawasan yang terganggu!

Arrgggghhhh! benci okay.

Nak hamek ni segala info yang aku dapat dari PUSPEL...


SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD 

SIARANMEDIA                                                                           
SIARAN SEGERA

11 APRIL 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTAPENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT KEJADIAN PAIP PECAH

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.  Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1. Flat DBKL Dato’ Keramat                     2. Jalan Padang Tembak
3. Jalan Semarak                                    4. Jalan Gurney
5. Kementah                                          6. Pulapol
7. Wisma Tanah                                      8. JUPEM
9. UTM                                                  10. FELDA
11. Pusat Latihan Telekom                       12.Jalan U Thant
13. Jalan Ampang Hilir                            14. Taman Pandan Jaya
15. Taman Cempaka                               16. Taman Bakti
17. Taman Nirwana                                18. Kampung Pandan Dalam
19. Taman Cahaya                                 20. Pandan Cahaya
21. Taman Dagang                                22. Taman Shamelin
23. Taman Tenaga                                 24. Taman Miharja
25. Taman Kobena                                26. Bandar Permaisuri
27. Desa Pandan                                   28. Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak

1. Kampung Baru Ampang                   2. Kampung Melayu Ampang
3. Taman Hillview                              4. Bukit Jobina
5. Taman Dato Ahmad Razali              6. Taman Bukit Indah
7. Taman TAR                                   8. Kampung Tasek Permai
9. Ukay Heights                                10. Ampang Jaya
11. Dataran Ukay                              12. Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay                                       14. Beverly Heights
15. Ampang Indah                             16. Ampang Jaya
17. Ampang Saujana                         18. Ampang Water Front
19. Bandar Baru Ampang                   20. Bukit Ampang Permai
21. Bukit Indah                                22. Desa Lembah Permai
23. Desa Setapak                             24. Jalan Ampang
25. Kampung Bukit Sungai Puteh        26. Keramat AU 1 hingga AU 5
27. Kampung Ampang Campuran        28. Kampung Indah Mulia
29. Kampung Kemensah                    30. Kampung Lembah Jaya
31. Kampung Pinggir Tiga Jaya           32. Kampung Tengah Lembah Jaya
33. Lembah Jaya Utara                      34. Lembah Jaya Selatan
35. Sri Rampai                                  36. Taman Ampang
37. Taman Dagang Permai                38. Taman Pandan Ria
39. Taman Permai Jaya                     40. Taman Permata
41. Taman Saujana Ampang              42. Tasek Tambahan
43. Taman Ampang Mewah               44. Taman Ampang Utama
45. Taman Bukit Ampang                  46. Taman Cahaya Ampang
47. Taman Dagang Jaya                   48. Taman Halaman
49. Taman Kesuma Ampang              50. Taman Kosas
51. Taman Mulia Jaya                       52. Taman Rasmi Jaya
53. Taman Sri Ampang                      54. Taman Watan
55. Wangsa Melawati
Jumlah Akaun : 61,392
 
                                                                                                                  
Sebagai makluman, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua wilayah ini diaktifkan bagi membolehkan SYABAS memantau dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air.Pihak SYABAS juga telah mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang perlu untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini. SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, pada masa ini SYABAS mempunyai sejumlah 42 buah lori tangki dan 525 tangki air statik. Daripada jumlah ini, sebanyak 25 buah lori tangki telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan, manakala sebanyak 50 buah tangki air statik akanditempatkan di kawasan-kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan sebagai bantuan bekalan air kepada penduduk yang masih terjejas bagi meringankan kesulitan para pengguna.

Pada masa ini, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’

Kesian kat kami tak sempat nak simpan air. Macamana nak mandi esok? aku nak keje la weyh!


Sedey weyh!

Ok. Bai-

No comments:

Post a Comment