OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, September 10, 2013

Kit Kat Lasagna

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sorry sayang sayang sekalian. Dah lama aku tak share resipi. Kan? Kesian korang. Kesian korang ke kesian kat belog ni.

Tadi baru teringat nak usha Nuffnang. Hoih! Tak berapa nak jenoh...hmmm. Takpelah. Mungkin Nuffnang lupa kat belog aku yang tak seberapa ini.

Ding Dong Ding Dong!


Nampak cantik je kan? Itu Instagram nye keje. Hehehehe...

Nak Resipi? Resipi ni lebih kurang dengan resipi Cheesecrackers tu. Tapi aku dah olah sikit.

So this is my official resipi. Hahahaha. Perasang!.

Bahan-bahan:

500 gram Cream Cheese
100 ml whipped cream
1/4 tin susu pekat
3 peket besar Kit Kat
1 peket biskut creamcrackers *
Nestum
Susu Segar

Cara-cara:

1. Pukul sehingga sebati cream cheese, whipped cream dengan susu pekat.
2. Celup biskut dalam susu segar. Tapi jangan celup lama sangat. Nanti ada yang biskut tu terkulai layu di tasik madu. Lepas celup tu terus susun dalam loyang.
3. Sapukan adunan (1) atas biskut. Ratakan.
4. Susun Kit Kat. Sukahati korang lah nak susun rapat-rapat ke atau jarak-jarak sket ke. Aku tak dapat nak tunjuk steps sebab aku ada 'assistant' yang sangat-sangat membantu ketika itu. Jadi semua jadi chaos!
5. Lepas dah susun Kit Kat, sapukan lagi adunan (1). Ratakan.
6. Celup biskut dalam susu segar. Susun.
7. Sapukan adunan (1). Ratakan.
8. Susun Kit Kat.
9. Sapukan adunan (1). Ratakan.
10. Celup biskut dalam susu segar. Susun.
11. Sapukan adunan (1). Ratakan.
12. Tabur Nestum.
13. Simpan dalam fridge.

Siap!