OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, December 4, 2013

Strawberry Pudding

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sihat kah? Alhamdulillah. Musim hujan sekarang ni. Hati-hati memandu kepada pemandu kereta, pemandu bas, pemandu lori, pemandu van dan penunggang motorsikal. Jalan licin jadi tak perlu pandu dan tunggang dalam kelajuan tinggi. Ingatlah orang tersayang.

Kalau takde orang tersayang?

Sukati kau lah! Orang bagi nasihat degil.

***************

Strawberry pudding. Gara-gara magazine Saji. Umi aku baru beli. Tuan puteri berdua tu selak-selak magazine ternampak Strawberry Pudding.

Dan terus-terusan suez...

Ibu! nak pudding stoberi.

=__=

Maka, dengan gigih semalam beli bahan-bahan. Segala strawberry, segala jelly dan perisa strawberry.

Tepat 10.30 malam settle masak.

Hasil?



Gigih ibu potong strawberry sekeping-keping. Mahal kot strawberry semalam. Selalu dapat harga RM 9.90. Ni tak semalam kene RM 15.99.

Dush!

Resipi?

Memandang ibu pun dah lama tak share resipi...maka hari ni dengan murah hati nak kongsi resipi.

Bahan-bahan:

Bahan A:

45gm serbuk agar-agar/ jelly
200 ml air
3 sudu kecil perisa strawberry
1 sudu kecil pewarna merah

- Masak atas api kecil hingga mendidih dan larut. Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Bahan B:

90gm serbuk agar-agar/ jelly
100 ml pati strawberry (aku blend strawberry tu dengan 50ml air)
400 ml susu segar
200 ml air
3 sudu kecil perisa strawberry

- Masak atas api kecil hingga mendidih dan larut. Tuang atas Bahan A tadi. Pastikan Bahan A tadi dah beku.

Nak cantik letak strawberry atas tu.

Rasa? Aku tak rasa lagi. Hohohoho.

Balik kang lah rasa. Selamat mencuba!

Ok. Wassalam