Assalamualaikum, semua ;)
Hai, korang!.
Aku bantah untuk website serupa ini.
Hai, korang!.
Aku bantah untuk website serupa ini.
Aku tak faham kenapa website sebegini perlu diwujudkan. Ya, benar. Ini yang dapat diketahui. Yang tak diketahui apatah lagi.
Terima kasih di atas keprihatinan Abang Hasrul Hassan. Kalau beliau tidak mengetengahkan hal ini mungkin kita semua tidak mengetahuinya.
Apakah keseronokan yang mereka dapat dengan hidup dalam penuh dosa dan noda. Sedangkan agama Kristian pun menegah kehidupan begini. Malah semua agama menegah. Jadi, sebagai umat Islam kita harus menguatkan jentera untuk membantah laman sesawang ini berleluasa kerana agama kita menegah sekeras-kerasnya kehidupan berzina ini.
Laman sesawang ini telah pun mendapat bantahan dari Menteri Singapura dan orang ramai. Namun, masih belum ada apa-apa tindakan mahupun hasil. Jadi kita Blogger-blogger Malaysia marilah kita menguatkan jentera bersatu padu dalam menyahkan laman sesawang AshleyMadison.com ini dari berleluasa.
Ianya salah dari segi hukum norma masyarakat dan Agama. Bukan sahaja agama Islam sahaja menegah cara kehidupan berzina, malah agama-agama lain juga menegah.
Marilah kita sama-sama bersatu padu menghapuskan laman sesawang tersebut. Dengan klik banner di atas untuk menyertai.
Bersatu teguh bercerai roboh.
Ok. Wassalam.
No comments:
Post a Comment