OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, April 6, 2011

tak puas hati!

aku GERAM!

ada muka geram ke cam ni?
aku geram betol dengan media massa sekarang ni...tak kisah la media elektronik ke atau media cetak!
mana tak geram nye...tak habis-habis cerita pasal...


berita sekarang da tak sesuai untuk kanak-kanak atau remaja lagi. Berita yang tersiar dalam media cetak mahupun media elektronik adalah hanya untuk penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas! Sudah-sudah la tu pihak media cetak dan media elektronik untuk menyiarkan cerita pasal beliau. Banyak lagi cerita yang korang leh siarkan!

Kasihani la kepada ibu bapa yang kat luar sini nak kene explain pada anak-anak mereka tentang apa yang disiarkan oleh pihak-pihak media!

Cukup-cukuplah mengaibkan orang! Aku rasa korang pun tau hukum-hakam mengaibkan orang! Seperti yang kita tau .....

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Aku tau pihak media akan mencari berita hangat untuk melariskan berita tapi tolong la berpada-pada. Penduduk Malaysia ni berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur. Jadi sila sesuaikan berita yang ada dengan semua peringkat umur.

Kami para-para ibu ni mendidik anak-anak kami supaya membaca suratkhabar dan menonton berita supaya mereka lebih berinformasi. Tapi kalau udah suratkhabar dan berita di televisyen asyik menyiarkan berita tentang kelucahan beliau dan kepronoan beliau. Bagaimana anak-anak kami nak jadi seorang yang berinformasi? Ini kerana hampir separuh daripada berita yang ada...menceritakan tentang video porno beliau dan keaiban beliau. Begitu juga amalan rasuahla yang dijalankan oleh sesetengah pihak!

Dimana cerita tentang kebaikan pihak pemimpin yang membantu rakyat? Bila tengok berita je....pihak pemimpin dan pembangkang memburuk-burukkan masing-masing. Kadang tu menggunakan bahasa yang kurang sesuai. Apatah lagi perkara tersebut berlaku dalam sesi Dewan Parlimen. Apa suda jadi ni? Geram nye la aku ngan korang ni!

Kalau dulu boleh gak layan berita sambil makan. Sekarang ni dah tak boleh...berita sekarang rasa macam tak boleh la nak di tonton lagi. Sangat-sangat kurang sesuai! Aku berharap sangat pihak berwajib dapat le mengurangkan pengeluaran berita-berita yang kurang sopan ni di dada-dada akhbar.Kami mahu jadi rakyat yang berinformasi bukannyer rakyat yang mendengar kontroversi!

ADIOS!