OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Saturday, February 22, 2014

Sharing is Caring

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku rasa aku pernah update dan upload pasal topic ni kot...tapi tak ingat tahun bila. Hahahaa..malas nak godek punya pasal aku up lagi sekali. Dan kemungkinan besar info berlainan dan berkemungkinan kecil perkara yang dibangkitkan sama seperti entri yang dolu-dolu.

Tanggungjawab suami isteri....bila cerita bab tanggungjawab suami isteri, aku rasa macam payah nak khatam. Sebab perkara ni aku rasa persefahaman tu penting. Kalau takde persefahaman, payah jugak nak menjayakan tanggungjawab suami isteri.

Macam isteri...dia tau duit suami duit isteri. Duit isteri, duit isteri. Seenaknya kalau Suami kau jenis yang mintak duit RM1000 dia bagi kau RM2000. Untongla...kan?

Tapi kalau kau mintak RM1000 dia dapat bagi RM500...itupun kira beruntong jugak. Daripada tak bagi langsung. Kan? Jadi apabila terjadi permasalahan sebegini, anda meminta RM1000 tapi dapat RM500. Itu bermakna kamu sebagai isteri tak dibenarkan menggunakan term duit awak duit saya..duit saya duit saya. Okay?

unless....

Korang tau suami korang tu memang tangkai jering tak pun taik idung masin. Hahahahaha...

Ok. Jika berlaku permasalahan tersebut...awak sebagai isteri harus faham kemampuan suami. Janganla nak lepaskan tekak sendiri. Berbincang. Apa yang perlu dikongsi dari segi pembayaran dan penyimpanan. Okay?


Kalau anda wanita surirumah, maka disebelah kanan itulah tanggungjawab anda. Jadi tak perlu banyak kerenah... Taat pada Allah, solat lima waktu, berpuasa, jaga aurat dan taat pada suami. Confirm syurga. Bagi untuk yang bekerja...hmmmm.

Topic ni akan jadi berat bila tiada persefahaman. Jadi, disini perlulah dikongsi dari pembayaran bil-bil dan penyimpanan. Okay?


Anything and everything happens pasti ada jalan penyelesaian dengan perbincangan secara aman dan adil. Faham ke tak?

Bagus kalau faham.

Chart yang ketiga ni...aku baru dapat. Tapi chart ini tak bermakna kamu sebagai isteri punya alasan untuk menolak kemahuan suami. No no no! Dan juga ini tak bermakna suami perlu menggunakan alasan isteri tak mahu mengikut kehendak suami akan dilaknat oleh Allah dan juga malaikat.

Maha Suci Allah...kamu tidak sepatutnya berbuat begitu kepada pasanganmu. Berlakulah adil pada diri sendiri dan pasangan.


Ok.

Mungkin pencerahan aku tak berapa nak cerah. Ada sedikit mendung. Tapi aku harap dengan bantuan ketiga-tiga chart tersebut, aku harap penyampaian aku sampai dalam pale otak korang. Hehehehe...

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment