OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, February 11, 2014

10 Tips Tangani Anak-Anak Cara Lemah Lembut vol.I

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi tips-tips menasihatkan anda. Arini aku bagi 10 dahulu. Later later aku up lagi 10. Insyaallah. Kita kongsi ilmu.

Aku buat yang nombor dua tu....seriuosly budak-budak suka sangat! Sebab they love to being love by their parents. Hug them. Kiss their cheek. They love it!

Sebab...anak aku yang no.2 tu kalau bab sepahkan mainan memang NO.1. Tapi bab mengemas, dia akan jadi MALAS. Paling terok sekali dia akan mintak tolong dengan kakak dia dan suruh kakak dia kemaskan. Jadi untuk bagi dia kemas, aku akan cakap... "Kak Na kemas, ibu bagi satu sayang" dengan pantas dia akan kemas.

Sama jugak bab mandi...ada masa budak-budak ni liat nak mandi. Maka guna teknik yang sama. Sape mandi dapat satu sayang. Apa lagi berdesup pergi mandi.

Nice-

Cubalah, insyaallah they will do it. Kita pun happy sebab tak perlu mengeraskan suara atau meninggikan suara. Hehehehe...



1. Ketika sedang marah mengucapkan “Semoga Allah memberimu musibah atas kenakalan mu”

Percakapan ibu bapa kan satu doa, jadi tukarlah doa anda “Semoga Allah memberimu petunjuk”
2. Kadang-kadang anak-anak tidak mahu melakukan sesuatu seperti kemas atau susun barang permainannya semula lalu “kalau tak nak kemas, ayah pukul”

Apa kata kita tukar cara… “Kalau kemas dan susun permainan atau buku, ayah beri satu ciuman”
3. Anak anak membuang masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah
Ajaklah anak-anak bermain bersama-sama dengan sesuatu permainan yang merangsang minda anak-anak

4. Mengugut anak yang berbuat nakal dengan kata-kata ingin memukul. Keluar dari rumah atau masuk neraka

Lakukan sebaliknya, seperti nasihatinya… “Anak yang baik pasti masuk syurga, maka berbuat baiklah dan ayah akan berikan hadiah buatmu”
5. Mengucapkan kata-kata “dasar bodoh! Tak mahu dengar cakap ayah”

Ucapkan sebegini “Anak yang baik, pasti mendengar cakap ayah”
6. Bila anak buat nakal “nanti ayah bagitau atok, paklong dengan wan sebab awak nakal”
Ucapkan sebaliknya “ayah akan puji  awak depan atok, paklong dan wan jika kamu berbuat baik”

7. Waktu menyuruh anak-anak tidur, “tidur cepat!”
Lembutkan suara mu… “Anak, mari tidur. Mari baca sama-sama doa tidur”

8. “Bersepahnya rumah, dah macam tongkang pecah!”
Cuba buat ini dan cakap dalam nada lemah lembut “jom kita kemas sama-sama. Allah suka rumah bersih dan cantik”

9. “eeeee!…pemalas betul nak gosok gigi. Tengok kotor!”
“ayah/ibu suka tengok kalau gigi kamu putih dan bersih”
Atau
“anak, gosok gigimu kan cantik kalau ianya bersih dan putih”

10. Ketika anak menangis “diamlah! Nanti dikacau hantu”
Atau
“diamlah! Nanti ayah pukul”
 Ok.

Assalamualaikum.
Cuba katakan ini… “anak, berhentilah menangis nanti orang dengar ,malu”