OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, February 18, 2014

10 Tips Tangani Anak-Anak Cara Lemah Lembut Vol. II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share lagi 10 tips. Hari tu dah share 10 tips kan? Arini aku nak share kan lagi 10 tips. Ready to read?

Please read as per below...hihihi



1. Anak membantu anda…tapi anda tidak mengucapkan terima kasih

Ringan-ringankan mulut anda dengan ucapan terima kasih kerana sikap itu akan diikuti oleh anak anda juga


2. “selamat pagi”

Ubah dan ucapkan salam “Assalamualaikum” kan lebih manis


3. Cara nasihat yang salah.. “pukul/ buli/ tampar je orang yang buat salah pada kamu”

Cuba nasihat begini…. “sabar ye, Allah bersama-sama dengan orang yang benar” sambil itu bawa anak anda untuk belajar seni mempertahankan diri
Atau..
Minta anak anda adukan hal tersebut terhadap guru (jika disekolah)
Atau…
Selemah-lemah Iman…benci dengan hati untuk orang seperti itu..sebolehnya elakkan menggunakan kekerasan untuk membalas


4. Apabila si anak membuat salah “anak kurang ajar/ tidak tahu adab”

Ubahlah ke arah ini “jika si anak salah pohonlah kemaafan.ajarilah mereka cara pendamaian”


5. Apabila si anak melakukan kecurian atau terambil barang rakan2nya “dasar pencuri!”


Tetapi nasihatkanlah dia sebegini “ini bukan hak kamu, pulangkan kepada tuannya”


6. “ambilkan ayah remote tv”

Cuba ini… “anak, tolong ambilkan ayah remotetv” lalu terus mengucapkan “terima kasih”


7. Ketika anak jatuh dan menangis “padan muka jatuh!”

“takde apa-apalah saying, jatuh sikit je.sayang kan kuat”


8. “tak boleh main kat luar!”
Atau
“jangan main kat luar!”


“boleh main tapi sampai pukul 5.30petang je lepas balik rumah mandi”


9. “jangan conteng dinding!”

Perihal conteng ini adalah salah satu cara anak-anak menunjukkan bakat mereka, kita sebagai ibubapa patut sokong mungkin dengan cara membeli kertas bagi mengelakkan mereka menconteng dinding

10. “makan!jangan tak nak makan. Nanti sakit tanggung sendiri!.”

“anak, mari makan. Nanti boleh kuat dan sihat. Allah suka orang yang sihat dan kuat”



InsyaAllah...semoga kita semua dapat mendidik anak-anak kita dengan cara paling terbaik. Amin.

Nantikan Vol. III....weeeeeee (^^,)v

Ok.

Assalamualaikum.