OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, January 12, 2012

Lia

"Abang . . ." Lia memeluk dari belakang.

"Abang penat." Sham terus bangun dan mengambil bantal serta selimut dan menuju ke ruang tamu.

"Abang ni kenapa? Kalau ye pun penat, tak perlulah sampai tidur kat sofa. Jom masuk, kita tidur didalam." ajak Lia.

Namun, Sham berkeras tidak mahu tidur di dalam. Lalu bermula pertengkaran antara Lia dan Sham.

"Abang kata tak mahu, tak mahulah!. Tak faham ke?"

"Kalau ye pun tak mahu, tapi tak perlukan tidur kat luar. Tidur je la kat dalam tu. Bukan selesa pun tidur kat atas sofa tu!." Lia meninggikan suara.

 "Sudah!. Lia memang tak fahamkan? Abang tak mahu anak. Kenapa Lia ni degil sangat? Susah sangat ke nak dengar cakap abang? Abang nak Lia gugurkan anak tu!."

"Abang dah gila ke? Nak gugurkan anak ni? Anak ni tanda cinta kita? Abang nak gunakan alasan ekonomi kita tak kukuh? Anak tu rezeki yang Allah beri pada kita, bang. Kita patut bersyukur!." tambah Lia.

"Kitakan masih belajar lagi, Lia. Selama kita bersama ni pun, abang gunakan duit pinjaman untuk tanggung kehidupan kita. Kalau ada anak nanti macam mana pulak?" tungkah Sham.

"Alasan!" Lia berlalu terus masuk ke bilik, tanpa menghiraukan Sham. Sakit hati Lia.

*********************************************************************

Puan Tina memasuki dewan kuliah. "Okay, hari ni kita bincangkan tentang tajuk yang saya beri semalam dan buka mukasurat 256 untuk sesi perbincangan hari ini."

"Lia, cuba awak jelaskan 'Giving Birth'."

"Giving birth is culmination of a human pregnancy or gestation period with the birth of one or more newborn infant from a woman uterus. The process of normal human childbirth is categorized in three stages of labour. The shortening and dilation of the cervix, descent and birth of the infant, and birth of the placenta."

"Good, Lia."

"Tengoklah, dengan tahu maksud je kita dapat mengagak betapa payahnya si Ibu nak melahirkan anak. Cuba bayangkan orang yang senang-senang buang anak. Diorang tu tak rasa sakit ke bila bersalin?" soal Badri.

"Itu kalau buang anak, kalau yang gugurkan anak? Bagaimana pulak. Pasti sakit. Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka. Manusia zaman sekarang ni dah macam lupa Tuhan." tungkas Salleh.

"Wah! dah semakin hangat topic hari ni. Takpe hari ni saya bagi chance." kata Puan Tina.

"Yang mengugurkan tu kebanyakannya yang belum berkahwin. Tapi ada juga yang berkahwin nak mengugurkan anak atas alasan masalah ekonomi. Anak itu kan rezeki yang Allah bagi. Kenapa harus dibuang dan dinafikan kewujudannya?. Betul tak Puan Tina?." soal Diana.

Tersentap Sham dengan kenyataan Diana.

"Masing-masing punya pendapat tersendiri. Saya sendiri kurang bersetuju dengan pengguguran anak melainkan ianya punya sebab tertentu dan yang pasti bukan dengan alasan masalah ekonomi." tambah Puan Tina.

"Betul tu, puan. Kita boleh lihat sendiri, ada orang miskin punya berbelas anak tapi masih lagi mampu memberikan makanan, pakai dan tempat berteduh untuk anak-anak mereka. Namun, bagi orang dari golongan berkemampuan lain pulak kisahnya." terang Badri lagi.

"Okaylah, class. Kita tutup kes ni. Kita sambung pada sesi pembelajaran kita." kata Puan Tina.

**********************************************************************

"Lia! Tunggu abang Lia. Maafkan abang Lia." 

"Dah la bang. Jangan ganggu Lia."

"Lia, maafkan abang Lia. Abang dah lukakan hati Lia." Sham cuba mengucup tangan Lia.

Namun salah percaturan, Lia tak dapat mengimbangi badan. Lalu jatuh sehingga anak tangga terakhir.

"Lia!"

"Abang, anak kita bang. Anak kita bang."

"Lia, maafkan abang. Abang bawak Lia pergi hospital ye, sayang."

**********************************************************************

"Kau pergi!. Aku benci kau! Kau pembunuh! Kau bunuh anak aku! Kau pergi. Kau pergi!." jerit Lia seperti kerasukan pabila dia membuka mata dan terlihat Sham.

Sham menangis semahu-mahunya. Rasa bersalah yang amat sangat. Dia yang menyebabkan Lia hilang anak yang dikandungnya. Sham hanya mampu mohon kemaafan dari Lia namun tak terkeluar dengan kata-kata.

**********************************************************************

"Baby, janganlah campak botol susu tu. Tengok kan dah jatuh bawah!."

"Lia, jangan panjat!. Jom, kita turun ambil botol susu tu."

Lia membontoti Sham menuju ke lif. Di dalam lif, Lia sebok membelek 'baby'nya. "Baby jangan nangis tau, mama dengan papa nak ambil botol susu lah ni. Baby jangan nangis yea."

"Hey, aku kata jangan nangislah! Kau tak faham ke?" jerit Lia tiba-tiba.

"Lia, sabar Lia. Jangan buat macam ni." Sham cuba untuk menyabarkan Lia.

Namun Lia tiba-tiba naik minyak umpamanya. Terus baling anak patung yang dipegangnya dan memijak anak patung tersebut.

"Mati kau! mati kau!. Papa kau tak sayang kau. Aku bunuh kau!. Aku bunuh kau!. Hahahahahaha."

Pabila pintu lif terbuka, Lia terus berlari. Sham tak sempat nak menggapai tangan Lia. Tiba-tiba "Bum!"

"Lia!"

Tanpa menekan break, pemandu bas telah melanggar Lia yang entah dari mana datangnya. Terpelanting tubuh Lia ke tepi jalan dan kepala terhantuk di bahu jalan.

*********************************************************************

Aku tak taulah ok ke tak cerpen yang taip ni . . . harap-harap ok la kan? ni first time buat cerpen neyh!. Tiba-tiba pulak dapat idea. Terus taip dan taip. Hohohoho . . .

Nervous!.

2 comments:

  1. hmmm.....
    memang aku saje wat ending begitu...
    hehehehe...

    rasa2 nak ending macam mana?

    ReplyDelete