"Mak, Layla pergi dulu ye."
Layla, si gadis comel bertudung litup, tahi lalat dibawah mulut dan di alis mata. Fesyennya ringkas namun masih lagi dalam lingkungan busana muslimah menyerlahkan lagi kecomelan Layla. Layla jurutera perunding dalaman bekerja di syarikat Titian Maju.
******************************************************************
"Alamak!. Matilah aku macam ni. Ni gara-gara terlanggar dengan mamat tadi. Ni bukan laptop aku. Dahla ada projek nak kene siapkan!. Arggggghhhhhh!." Layla berkata-kata sendiri.
"Cik Layla takde apa-apa ke?"
"Eh! awak dengar saya jerit ke tadi. Sorry. Sorry. Astaghfirullahalazim. Tadi saya terlanggar ada seorang mamat tu. Lepas tu tak sangka pulak tertukar beg laptop ni. Habesla saya Aini. Apa saya nak buat?. Macam mana saya nak call orang tu. Menysusahkan betollah, bila jadi macam ni." bebel Layla.
"Apa kata cik Layla cari buka laptop tu, mana tau ada apa-apa info pasal Encik tadi. Saya rasa tak salah, sebab kita pun kene pulangkan laptop ni pada dia." terang Aini.
"Hmmmm, betul jugak cakap awak tu. Thanks, dear."
*******************************************************************
Mukhriz Bin Dato' Yahya. si pemuda tinggi lampai. Punya sedikit kumis. Namun punya sikap berfoya-foya di Kelab Malam. Dia CEO bagi syarikat Makmur Megah Sdn Bhd.
Kini, setelah berjumpa dengan Layla. Dia asyik teringat-ingatkan Layla. Nampak ayu dan comel walaupun bertudung litup. Tangannya gatal sekali ingin menekan nombor telefon Layla. Akhirnya, didailnya juga nombor Layla.
"Hello, Layla. Sihat?."
"Assalamualaikum, alhamdulillah. Oh, Encik Mukhriz!. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?."
"Takde apa-apa. Cuma nak ajak awak keluar lunch je. Mahu?."
"Maaf, Encik Mukhriz saya sibuk. Lainkali ye."
Talian dimatikan. Melepas peluang Mukhriz untuk keluar makan tengahari dengan Layla. Namun, Mukhriz tidak akan berputus asa. Semenjak dari hari itu, Mukhriz akan cuba telefon Layla untuk mengajaknya makan tengahari. Namun, segala usaha Mukhriz hampa.
Suatu hari, Muhkriz ternampak Layla dan rakannya pergi ke restoran Cheng Ho untuk makan tengahari. Peluang harus diambil oleh Mukhriz. Dengan langkah yang cepat, Mukhriz menuju ke restoran Cheng Ho.
"Hai, Layla. Boleh saya join sekali?."
"Assalamualaikum, boleh. Silakan."
*****************************************************************
Kini, hidup Layla sering diganggu dengan panggilan Mukhriz dan Muhriz juga rajin menghantar sejambak bunga kepada Layla. Sehinggakan Layla rimas dengan kehadiran bunga-bunga tersebut.
Akhirnya, Muhriz dan Layla rapat. Lalu mereka menjadi sahabat. Sehinggakan Muhkriz mengajak Layla datang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarganya.
"Mama, inilah Layla."
"Assalamualaikum, makcik."
"Huh. Jemput duduk. Auntie ni tak reti nak berbahasa basi. Kamu anak Dato' mana? Dulu belajar di mana? England? Australia? Kerja di mana? Jawatan apa?."soal Datin Maimon.
"Eh!. Awak ni soal macam polis pencen. Budak tu baru je duduk. Macam-macam soalan awak bagi." tukas Dato' Yahya
"Saya anak orang kebanyakan. Saya belajar dalam Malaysia. Saya kerja di Titian Maju sebagai Jurutera Perunding." jawab Layla.
Selesai makan tengahari di rumah Dato' Yahya dan Datin Maimon, Layla memohon untuk pulang. Dia terasa seperti panas punggungnya jika dia berlama-lama di rumah Mukhriz.

"Sara, siapa kawan si Layla tu? Beria betul Layla minta makcik masak sedap-sedap."
"Mak, kami kawan je la. Sara, ko jangan nak tokok tambah cerita erk."
"Layla!. Ni kawan kau dah sampai ni."
"Baik, ayah."
"Apa khabar, pakcik?"
"Assalamualaikum. Sihat, alhamdulillah. Duduklah dulu, diorang tengah siapkan makan tengahari. Mukhriz ni makan lauk kampung tak? Kami ni tak pandai nak masak lauk-lauk bandar."
"Boleh je makan. Apatah lagi kalau Layla yang masak." Mukhriz menjawab sambil menjeling ke arah Layla.
"Baguslah, macam tu. Lepas makan tengahari nanti kita solat jemaah. Tak mahu pergi masjid, kita solat kat rumah sahaja."
"Solat?"
"Ye, solat Zuhur."
"Saya nak berterus terang sebelum apa-apa yang bakal berlaku. Saya tidak pernah solat. Saya memang orang Muslim cuma saya tak pernah hidup cara orang Muslim. Saya tidak solat."
Perkhabaran itu mengejutkan kesemua yang ada didalam rumah tersebut. Apatah lagi Layla.
********************************************************************
"Awak, saya rasa kita tak harus teruskan perhubungan ini. Dan awak tak layak untuk menjadi suami dan ayah untuk anak-anak saya." tegas Layla.
"Saya pun tak hairan dengan awaklah!. Hanya sebab saya tak solat je awak nak tinggalkan saya. Dan memang saya tahu, saya tak layak untuk awak. Untuk awak hanyalah orang selalu bersolat. Pergilah, kau!."

Sedang Mukhriz berbual-bual dengan Hafiz di pejabatnya. Tiba-tiba, Dato' Yahya rebah. Mukhriz kelam kabut pergi ke arah papanya. Dia menggoncang-goncangkan badan papanya. Dan dia memeriksa nadi papanya, tiada. Hafiz bergegas telefon ambulan.
Jenazah Dato' Yahya dibawa ke rumah. Menangis dan meraunglah Datin Maimon diatas kehilangan Dato' Yahya. Di saat Datin Maimon membuka kain yang menutupi muka Dato' Yahya, keluar satu bau busuk dan pabila Datin Maimon melihat muka Dato' Yahya, mukanya bertukar berwarna hitam dan keluar ulat-ulat dari mulut Dato' Yahya.
Terkejut Datin Maimon dibuatnya. Bertambah tinggi raungan Datin Maimon. Mukhriz kelam kabut dan apa yang terlintas di dalam otaknya ialah menghubungi Hafiz. Hafizlah yang membantu dalam pengurusan jenazah.

"Astaghfirullahalazim."
Mukhriz terus bangun dan menuju ke bikil air untuk mengambil wudu'. Terus solat Isya' dan melakukan solat sunat Taubat.
Sudah sebulan berlalu, selepas Mamanya menjadi kurang siuman selepas kematian Papanya. Muhkriz insaf setelah apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Dimana Papanya meninggal dunia dalam keadaan aib sekali, Mamanya pula menjadi kurang siuman dan syarikatnya disita.
Kini, dia lebih dekat kepada Maha Pencipta dan punya kekasih hati yang setia dengannya, Layla. Dan, mereka juga menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka lagi dua bulan.
"Syukur kepadaMu Ya Allah. Kau memberikan aku peluang untuk beriman dan bersujud kepadaMu. Kau ampunilah segala dosa-dosa ku, Ya Allah. Kau tempatkanlah aku didalam syurgaMu dan jauhilah aku dari NerakaMu.Amin Ya Rabbal Alamin."

ADIOS!

p/s: panjang sket cerita ceriti aku kali ini . . .selamat membaca lah yea!.
ADIOS!
No comments:
Post a Comment