OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, January 11, 2012

Suri rumah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Sedikit kisah mencuit hati seorang isteri tapi si suami buat tak faham . . . boleh ke ayat camni. Cam tunggang langgang je kan. Korang baca je lah.


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Itu kalau suri rumah, kalau isteri yang bekerja macam aku ni haa . . . Seawal 6 pagi dah bangun. Dan hampir pukul 12 tengah malam baru tido. Camno pulak???? 


p/s: renung-renungkan dan selamat beramal.


Wassalam.

2 comments:

  1. Surirumah tak semestinya tak bekerja... Sabtu Ahad pun kerja tau... Mana ade cuti tapi yg bestnye tu masa rehat bila2 masa...takde org nak bising...hehee

    ReplyDelete
  2. surirumah nan ado cuti nyo!
    waktu rehat je ado...hahahaha..

    waktu cuti surirumah bile pergi bercuti tapi tu pun takdela cuti sangat....unless pegi bercuti sorang2...hahahaha

    ReplyDelete