Assalamualaikum, semua ;)
Hai, korang!.
Lagi sekali tragedi ini berlaku. Kali ini berlaku di kawasan berhampiran dengan rumah aku pulak. Kenapa benda ini boleh terjadi. Aku rasa sedikit ketakutan kerana kecuaian pengasuh. Buat masa ni pengasuh anak-anak aku, okey. Alhamdulillah.
Mungkin Allah lebih sayangkan diorang. Ibu bapa dua orang kanak-kanak tersebut, semoga redha dengan pemergian anak-anak mereka. Mereka bidadari dan bidadara syurga. (ada ke bidadara?)
Korang nak tau cerita lebih lanjut, korang beli Harian Metro. Aku baca online je, tu pun berita tak penuh.
Ni ada lah sikit berita, aku copy dari Harian Metro Online.
*******************************************************************
KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki berusia tiga dan tujuh bulan yang dihantar ke sebuah taska di Taman Permata, Hulu Klang di sini maut dipercayai akibat tersedak susu, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kedua-dua bayi berkenaan yang dikenali sebagai Muzafar Mohd Faizal, berusia tiga bulan dan Haris Ruhil, tujuh bulan, diberikan susu oleh pengasuh taska berkenaan sebelum tiba-tiba mereka mengalami masalah pernafasan.
Pemilik taska itu kemudian menghantar kedua-dua bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk rawatan, namun kedua-dua bayi itu kemudian disahkan sudah meninggal dunia.
Berikutan kejadian itu, ibu bapa kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan polis.
Bapa Muzafar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata anak bongsunya daripada dua beradik itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan.
Sebelum ini, anaknya yang sulung turut dihantar di taska sama tetapi tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sekian, berita terkini.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment