OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, January 16, 2012

Berita Terkini V

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Perbualan ini berlaku tika petang Khamis minggu lepas. Lupa dowh minggu lepas nak hupdate . . . Hohohoho. Perbualan ini masih lagi antara Nenek dan Cucu.

Nenek: nama kakak sape?

Cucu (Safiyyah Zaharah) : kakak yayah.

Nenek: nama adik sape?

Cucu (Safiyyah Zaharah) : adik yayah.

Hohohoho . . . . cantek kakak!. Zaharah pun zaharah la . . . tak kisah. Hehehehe . . . .

Semalam pagi, adik terkinja-kinja tepi almari berdekatan dengan kaki si Ayah. Tiba-tiba, tertonggeng. Dah tertonggeng, pe lagi nanges la.

Ibu: sakit?

Anak: atit . . .

Ibu: sape buat?

Anak: Aya uat . . .

Ibu: Hahahaha . . . . ayah buat tak tau . . . .

Ayah: duh-

Semalam petang, si kakak nak tido. Adik pulak sebok terkinja-kinja atas katil. Tiba-tiba, bedebuk!

Nah! hamek, adik yang dok terkinja-kinja atas katil tadi, kini di bawah Elok je tertonggeng tepi katil sambil nanges. Hahahaha . . . . (patut ke gelakkan anak sendirik?)

Ibu: Sakit?

Anak: Atit . . . .

Ibu: Sape buat?

Anak: Tatak uat.

Ibu: Banyakla kakak buat. Awak yang jatuh sendirik!.

Pandai je adik salahkan si kakak. Padahal si kakak elok je baring ready nak tido . . . alahai anak-anak.


Inilah dia budak yang suka salahkan orang lain, biler sendiri jatuh . . . Hahahahaha



Ini budak sangat-sangat aktif. Dok diam tak sampai 5 minit. Pastu sambung buat keroje. Panjat sini dan panjat sana. Aiyooooo!. Sila behave dear, kamoo tu perempuan, yea!.

ADIOS!

No comments:

Post a Comment