Assalamualaikum, semua ;)
Hai, korang!. Mekasih la Cik Puan Shima sebab dah tag aku . . . rajin pulak aku nak jawab soklan ko. Pastu rajin pulak aku nak tag orang lain. Tak kose mak. Hohohoho . . .
Nama aku SHARIFAH FADZILAH. Aku dah kawen pastu aku ada dua orang anak. Anak yang sulung SAFIYYAH ZAHARAH dan anak yang kedua NURSAKINAH ZAHARAH. Yang no.3 belum pasti lagi biler . . . Aku dok kat Lembah Keramat jek. Aku buat APAM ngan KEK untuk dijual . . . Korang nak beli, boleh order ngan aku kat nombor ni 019 - 3031 450. Hahahaha
Ni FIRST TIME aku kene TAG!. Percaya tak? Tak tau la nak bangga ke apa . . . Baiklah Puan Shima akan aku jawab soalan mu itew!
1. Nama penuh & nama manja anda
2. Umur target anda mendirikan rumah tangga.. Adakah sama dgn yg sebenar?
3. Masakan yg anda masak yg paling disukai keluarga?
4. Aktiviti lasak yg ingin anda cuba?
5. Jenama handphone pertama anda?
6. Kelab sukan yg anda sertai di sekolah menengah?
7. Nama yg paling unik anda pernah dengar
8. Keluarga anda berasal dari negeri mana?
9. Benda pertama yg anda buat slps bangun tido?
10. Minuman kegemaran?
11. Doa yg selalu dibaca utk anak2...
*********************************************************************
1. Nama penuh aku SHARIFAH FADZILAH BT SYED MOHAMED HUSSEIN. Aku punya banyak nama manja . . . Manja lah sangat. Pe yang aku tau laki aku panggil aku ayang. Adik-adik aku panggil kakak. Camtu gak ngan Umi ngan Abah aku. TAPI dengan memember skolah diorang panggil aku CHEPAH dan memember UiTM panggil aku ILA.
2. Umur target aku nak kawen 27 tapi tak sama dengan yang sebenar. Sebab aku kawen masa umo aku 25. Miahahaha . . . memang lari target. terawal pulaks!
3. Honey Roasted Chicken la . . . ngan Nasi Ayam. Hohohoho
4. Bungee Jumping! Seyes nak cuba! I wanna push my adrenalin!
5. Sony Ericcson yang ada ariel. Besar pulak tu! Berat! Baling hanjing pun hanjing bley benjol. Hohohoho
6. Bola tampar. Nape ntah . . .
7. Lama aku nak pikir nama ni . . . payoh weyh. Seyes aku tak tau nak letak nama apa . . . sebab satu nama unik takde pun yang register kat dalam pale otak aku ni . . . Aku letak BEBET ngan BOBOT. Hahahahaha
8. Kalau sebelah umi aku, kami orang PERAK. Kalau sebelah abah aku, kami orang SINGAPORE. Maka kami orang SINGARAK! Aci tak?
9. Bangun tido haaruslah minum air lepas tu aku buat susu untuk anak-anak aku.
10. Aku suka minum teh o ais limau. Sedap nya . . .
11. Aku selalu baca doa ni untuk anak-anak aku . . .
Ya Allah Ya Tuhan Ku, Aku mohon kepadaMu, Kau makbulkanlah doa-doaku ini,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang mendoakan kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang menyayangi kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang mengingati kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang menghormati kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang punya kesihatan sebaik-baiknya,
Kau berikanlah anak-anakku semwah-mewah rezeki,
Kau tempatkanlah anak-anakku didalam syurgaMu, jauhilah mereka dari azab api nerakaMu dan azab kuburMu,
Kau permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat untuk anak-anakku,
Kau cergas dan cerdaskan minda, rohani dan jasmani untuk anak-anakku,
Kau jadikanlah mereka orang yang sentiasa beriman dan beramal soleh kepadaMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
****************************************************************
Weyh! Cik Mot! Penat aku jawab soalan mu itew! Tapi tu lah aku tak leh nak tag kamu semula . . . Tak aci betol!.
Inilah senarai manusia-manusia TERPILIH . . .
1. Kak Mar
2. Nisa'
3. Amir
4. Nek Lah
5. Tetemok Tetembam
6. Anum
7. Makcik Aku
8. Sheila Laling
9. Melati
10. Maksu Aku
11. Te'a
Soalannya? Ini dia . . . nah, hamek!
1. Nama penuh, nama manja dan nama ejekan waktu kecik-kecik dolu
2. Rumah yang korang inginkan, letak gambar sekali . . .
3. Korang tinggal kat mana?
4. Cikgu sekolah yang paling garang yang pernah korang jumpe . . .
5. Apa benda pertama yang korang beli semasa korang dapat duit pinjaman atau biasiswa?
6. Apa yang korang buat kalau dapat RM 500,000 selain dari bersedekah dan bayor zakat?
7. Rumah sukan korang kaler apa? Apa acara yang korang masuk masa sekolah rendah dulu?
8. Tempat dating masa first time jumpe pakwe . . .
9. Tempat yang korang nak sangat pergi selain pergi Makkah Al Mukarramah . . . nak gambar jugak!
10. Makanan feveret korang?
11. Apa pendapat korang tentang belog aku?
Selamat Menjawab!
Kepada sesiapa yang aku tag tu, pe kata korang tinggalkan link belog korang, pastu kalau ada game tagging-tagging ni, nanti aku tagging korang pulak!. Hohohoho . . .
Chow Chin Chau!
Salam Ila,
ReplyDeleteTq sb tag akak :))
Akak suka nak jwb tp akak jwb kat sini je la Ila ye :)
1. Nama Penuh: Maryatie bt Mohd Yusof
Nama Manja: Mar...Marya Yusof pun manja gak...hikhikhik
Nama Ejekan masa kecik: ngeee...rahsia...malu# hehehe
2. Rumah idaman: English Stlye
3. Tinggal : Sekarang, Lima Peru
4. Cikgu yg paling garang: Ade sorang smp harini rasa geram...boleh tak..?hehehe
5. Benda pertama beli dr PTPTN: Mestilah hp :)) Nokia3310
6. Rumah sukan: Rumah Hijau
acara: Tarik tali
7. Kalau dpt duit RM500k: Nak beli rumah...hehehe...nnt akk story ttg rumah idaman kitorang ek ;p
8. Tmpt 1st time date: Lake garden :)
9. Tmpt yg menjd idaman nak pergi: Ntahlah Ila, akak pun tak tahu... tapi skrg ni pk nak balik Msia je... msia dihati :)
10. Makanan fav: Tak cerewet semua pun suka...byk sgt yg fav :)
11. Pndpt akak: Suka tgk blog Ila bila ada resepi western tu :) Full of bebet & bobot story... keep it up! :)))