OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 27, 2012

Keramat

"Pabila pintu keramat dibuka, nyawa tiada galang gantinya!"
 Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Malam tadi aku ngan Encik Usben melayan cerita Keramat yang konon kata seram sangat tu kan . . . huh! seram la sangat. Zul Handy Black yang sebelum ni berjaya membawa wataknya dalam cerita Mantera tu. Tapi kali ni macam hape je. Tak suka okay. Tak best!. Lagaknya macam seperti orang baru berlakon filem seram. Duh-

Sebelum aku memanjangkan aku punya kompelin untuk cerita Keramat ni. Baik aku letak sinopsis pasal cerita Keramat ni . . .

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

Kalau diikutkan melalui penglihatan aku dan Encik Usben, cerita ni taklah seram!. Cam s*****!. Huh!. Aku tak tau kat mana related nya Habib, Mustika, Nazmir, Nasti dan Munirah. Entah sejarah apa pun aku tak tau . . . ke aku ada miss scene? Memangla aku ada terlelap sekejap masa tengok citer ni, tapi rasa nya cam takde la miss sangat pun. Aku terlelap sebab citer ni tak seram dan tak membuatkan diri aku untuk terjaga. Damn.

Tapi seyes dowh, citer ni cam lompat-lompat dan macam ada yang missing. Sampai pagi ni aku cam ada tak puas hati ngan citer ni. Ntahlah! Fed up!.

Malas nak pikir. Memang aku rasa cam ada miss scene je citer Keramat tu. Pasni nak tengok Sumpahan Kum Kum. Malam tadi layan la pulak tengok citer Santau Merasuk. Rasa macam si Hussin tu je yang kenakan family si Halim. Tak sabar nak tunggu ending yang pasti akan menaikkan kemarahan aku. Hahahaha. Sebab aku tau, citer hantu selalu ending cam H**** J****!. Except citer Bisikan Anjasmoro. Ending dia agak memuaskan la. Camtu gak dengan Kekasih Ku Seru.



Aku tak faham watak ustaz yang macam coklat Danone tu. Kejap ada kejap takde. Patutnya dia la yang tolong settlekan masalah tu semua. Ni tak, semua MATI okay! MATI! Dahla ustaz tu cakap slang indonesia. Aku tak faham. Korang sebenarnya ada kat Malaysia atau luar Malaysia? Konpius!.

Dengan si Rebecca Nur Islam tu menjerit-jerit kat laki dia kata nak balik KL. Tak bley cakap elok-elok ke? Cam hape je jerit-jerit kat laki. Tak baik tau. Memang patut pon ko kene tampar!.

Apa yang aku tau, Keramat tu sebab tongkat tu jek. Tongkat tu yang keramat kot. Tapi dah kira syirik kalau percaya tongkat tu yang berkuasa. Seyes. Aku tak faham! Damn!

Apa punya citer ntah!. Korang tak yah tengok lah!. Penat je . . .

CHOW!

No comments:

Post a Comment