OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, January 9, 2012

Chicken Foldover Tortilla with Cheese

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini dah ari Isnin. Monday blues kah? Hehehehe . . . Aku tak rasa arini ada Monday Blues tapi aku rasa arini ramai orang yang keje kat area KL menyumpah seranah segala bagai gara gara Perhimpunan 901. Miahahahaha . . . . Orang lain yang bersalah, orang lain mintak dia dibebaskan dan orang lain lewat pergi kerja. Huh!. Aku malas nak citer banyak pasal Perhimpunan 901 tu sebab aku tak kose. Tunggulah PRU 13, mari mengundi. Hohohoho . . .

Naseb ko la Labu.

Okay, aku tak nak membebel pasal Perhimpunan 901 tu. Tapi aku nak share resipi lagi to all my love out there. Ada ke readers? ada la kot . . .Bahan-bahan yang korang perlukan ialah . . .

2 keping dada ayam yang direbus dan dicarik
1/2 tin cream of mushroom
Sedikit serbuk lada hitam
Keropok Nachos
Mozarella Cheese
1 biji tomato dihiris nipis
2 helai daun salad
Roti Tortilla
Mayonnaise

Cara-cara nak prepare . . .

Ayam tu korang buat macam nak prepare ayam bruschetta. Resipi disini. Lepas tu amek roti tortilla. Sapukan dengan mayonnaise. Kemudian letakkan daun salad dan tomato. Letakkan cheese. Letakkan keropok Nachos. Selepas itu letak pulak ayam, cheese, tomato dan Daun Salad. Akhir sekali lipat roti tortilla tersebut. Lipat dua.

Lepas tu bakar atas kuali non stick. Kalau takde kuali non stick pun takpe. Pakai kuali leper pun boleh. Tak melekat pong. Masak sampai cheese tu cair. Korang kene alih-alih roti tu. Kang hangus pulak.

Aku lupa arr nak amek gambar sesi masak. Sekurang-kurangnya ada gak gambaran camne aku masak. Hehehehe.

Siap!.

Ini hasilnya . . .







Bila makan ada rasa krup krap krep. Pergghhh!. Takmo la buat lagi. Sebab aku dah rasa badan aku dah naik.

Chepah!. Ang da Gemok! Bagus!

p/s: sila makan cheese selalu untuk GEMOK!


Wassalam.

1 comment:

  1. Boleh lah try nanti...Roti Tortilla berlambak kat sini ;)

    ReplyDelete