OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, January 19, 2012

Dua Hari

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pe cer? Aku dah buat semua blog-walking. Penat gak la . . . . dua hari aku ketinggalan. Hmmmm . . . aku menghilang dua hari sebab si budak kenit yang sangat aktif tu demam, muntah dan berak cair. Sehingga ke hari ini poo dia still lagi cair. Aku kat opis ni masih lagi risau =___=!.

Pagi Isnin tu, dia okey, Sihat. Malam tu dia muntah dan reject susu botol. Makan pun tak berapa selera. Risau sangat. Selasa pagi badan dia panas. Aku tak pulak bawak pegi klinik sebab maybe demam biasa je. Tapi bila dah masuk hari Rabu, dia tak okey . . . maka haruslah pergi klinik.

Alhamdulillah, hari ini demam dia dah kebah. Cuma poo dia je masih lagi cair. Risau  =___=

Masa hantar dia kat pengasuh tadi, aku pesan kat Nanny dia yang dia berak cair. Sebab takut Nanny dia terleka pulak. Kang merah pulak butt dia. Lepas tu cerita ceriti sket ngan Nanny. Then, Nanny said okey. Cuma dia pun perasan masa hari Isnin tu, dia ada jugak cam dok pegang-pegang perut dia. Pastu nak berkepit je ngan Nanny. Hmmmm . . . mungkin dia dah dapat rasa yang dia tak okey.

Hopefully she will be okay today.

Aku bermohon kepada-Mu, Ya Tuhanku, Kau berikanlah anak-anak ku sebaik-baik kesihatan dan semewah-mewah rezeki dan aku memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus hikmahnya. Amin.

Inilah dia . . . yang demam dua hari, muntah dan berak cair tu . . .



p/s: badan dia sket ringan arini gara-gara kurang selera makan . . .

Wassalam.

No comments:

Post a Comment